PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion.
Untuk meringankan beban semua, kerajaan akan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40.
Golongan ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.
Jumlah bayaran yang akan dibuat ialah:
1 – Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600 kepada hampir empat juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.
Bayaran RM1,000 akan dibayar pada April dan RM600 pada Mei.
2 – Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1000 kepada hampir RM1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.
Bayaran sebanyak RM500 dibayar pada April dan baki RM500 pada bulan Mei.
3 – Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah.
Bayaran RM500 akan dibayar pada April dan baki RM300 pada Mei.
4 – Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM500 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan.
Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada April dan baki RM250 pada Mei.
Baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.
Kerajaan juga akan menyalurkan bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada golongan pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan.
Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.
Begitu juga dengan golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal.
Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk mereka dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.
Ya Allah, Engkau berikan lah kesihatan dan keselamatan kepada Perdana Menteri kami, Tan Sri Muhyuddin. Beliau sangat menjaga rakyatnya walaupun sebelah tangannya lagi masih kosong tapi dia nak bagi juga pada rakyat dan nak memastikan rakyatnya ada sumber untuk dimakan dan dapat meneruskan kehidupan seharian dengan selesa.
Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi PM, bekerja 18jam sehari, hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat gembira dan Negara pulih semula.
Ya Allah kami bersyukur…