Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mewarnakan dan mencorakkannya. Petikan hadis Rasulullah SAW ini sendiri menegaskan betapa besarnya tanggungjawab ibu bapa dalam membentuk anak-anak mereka.
Justeru, MommyHana mengambil inisiatif dengan melaksanakan kempen #kitajagaANAKkita bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang betapa pentingnya mengambil berat akan penjagaan anak dari semua sudut. Ini berikutan ramai ibu bapa yang seakan ‘buta’ tentang kesan buruk yang mungkin boleh berlaku terhadap anak-anak jika tabiat mereka tidak diawasi, seperti kerap memujuk anak dengan menggunakan gajet ketika menangis yang akhirnya mengakibatkan anak ketagihan bermain gajet.
Tutup Mata Adalah Perumpamaan Ibu Bapa yang Butakan dengan kelakuan anak-anak.
“Tutup mata itu adalah perumpamaan untuk ibu bapa yang memandang remeh tentang penjagaan anak mereka, balik kerja buat hal sendiri, dan tidak meluangkan masa bersama anak sehingga anak terasa terabai” pengasas MommyHana, Puan Hana Shahadan.
Majoriti ibu bapa tahu bahawa anak-anak perlu membesar dengan sepenuh perhatian. Namun, tanpa mereka sedar bahawa selama ini mereka terlepas pandang detik-detik yang bermakna bagi anak mereka. Walaupun sekecil–kecil perkara, perkara ini boleh memberi impak yang besar kepada anak-anak.
Anak-anak sememangnya memerlukan perhatian serta bimbingan dari ibu bapa. Tetapi sedihnya, ramai anak-anak kini terabai dengan nilai kasih sayang sehingga terjebak dengan perkara negatif seperti penggunaan gajet yang kerap di awal usia sehingga mengakibatkan pembelajaran mereka terbantut.
“Ibu bapa sepatutnya harus sedar terlalu banyak kesan buruk kepada anak-anak apabila kita tidak menjaga mereka dengan baik, kerana kesannya bukan sahaja kepada minda tetapi juga kepada kesihatan fizikal.” ujarnya.
Penggunaan gajet oleh anak-anak sepatutnya diawasi secara tegas oleh ibu bapa dengan cara mencari alternatif lain yang menarik untuk menggantikan gajet tersebut. Menurut Hana Shahadan, My First Book keluaran MommyHana merupakan salah satu pilihan terbaik kerana buku tersebut sangat diminati kanak-kanak kerana boleh mengeluarkan bunyi dan boleh ditekan seperti gajet.
“Sehingga kini My First Book berjaya membantu hampir jutaan ibu bapa di Malaysia yang mempunyai masalah anak ketagihan gajet. Apa yang paling penting bagi saya adalah bukan sahaja anak-anak dapat belajar dengan lebih seronok tetapi lebih selamat kerana My First Book tidak mengeluarkan radiasi yang boleh merosakkan otak kanak-kanak seperti gajet,” katanya.
JOM SELAMATKAN ANAK KITA DENGAN TUKARKAN GAJET
(Tertekan dengan masalah kewangan? Nak MommyHana bantu? Join channel Telegram https://bit.ly/NakMommyHanaBantu )