Kisah kewujudan Islamic Audio Device bermula dari sini
Kisahnya bermula dari sini:
Aaira, aaira tau tak waktu aaira lahir je kan.. Berat aaira 3.9kg.11.4.2018, 5.27pm. Mommy hampir hilang nyawa sebab ada selaput uri tertinggal dalam perut lepas 2 jam bersalin mommy masih non stop ada pendarahan teruk. Sampaikan kena masuk OT semula untuk operate.
Tapi syukur. Allah panjangkan usia mommy even kena pindah 2pine darah baru, duduk hospital lama. Syukur juga Aaira tak ada prolong jaundice macam abang fateh. Tapi usia aaira 5 hari, tiba2 mata Aaira bengkak dah discharges cecair kuning dengan sangat banyak. Doktor cakap Aaira terkena infection pada mata waktu mommy bersalinkan aaira. Sedih mommy. Sebab aaira langsung tak boleh buka mata. Waktu tu mata kiri aaira tiba2 berdarah.
Terus aaira kena tahan NICU di Prince Court hospital dekat 10 hari. Seorang je boleh masuk NICU, mommy masuk kejap, dapat susukan aaira dan tengok aaira tidur seorang2 kat tepi tingkap tu. Nanti dah selesai, tukar dengan papa Fateh pula dia hantarkan susu mommy yang dah siap pam ke hospital. Sesi pantang mommy pun tak berjaga aaira. Setiap hari melawat aaira.
Syukur doktor kata kami cepat bawa aaira ke hospital kalau lambat Aaira boleh hilang penglihatan. Mommy tak boleh fikir kalau momym tak buat keputusan teeus ke hospital jumpa pakar waktu tu. Jadi, lepas dah boleh keluar wad,maka bermulalah episod di rumah. Aaira 44 hari dalam pantang tak tidur malam setiap kali bawa masuk dalam bilik. Aaira terkebil2 tengok atas bawah kiri kanan depan belakang dan menangis sampai ke pagi aaira. Sampailah aaira ada orang teman dan aaira kena dengar bacaan surah.
Mommy siap kena on kan surah al quran di hp hingga ke pagi untuk bagi aaira tenang dan tidur lena tak terjaga. Sampaikan hp mommy panas, tersangkut dari malam ke pagi waktu pantang tu terganggu tak boleh tidur.
Asbab pengalaman itu datangnya, Allah beri ilham untuk cipta Islamic Audio Device. Mommyhana dan Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah launch pada bulan April 2019. Awalnya hanya kerana Aaira dan untuk berkongsi dengan ibu2 di luar sana mudahkan urusan mereka.
Dalam Islamic audio device tu kan aaira, mommy pilih surah sedap sangat dari Ustaz Muzammil Hasballah dan zikir selawat bermanfaat juga untuk abang fateh mudah hafal. Ada satu lirik bait lagu mommy cipta, #ohanakku sayang. Ini khas untuk aaira, Fateh dan anak2 bertuah di luar sana.
Mommy nak setiap masa kita dapat mendoakan mereka bila dengar suara merdu Hajah Deja Moss ni. Mommy nak setiap kali anak2 ini dibacakan doa yang baik2 ia mampu untuk mereka.
“Membesar jadi anak bertuah yang soleh dan solehah, penyejuk jiwa ibu dan ayah.”
Inilah doa mommy untuk kalian semua
Jadi, Selamat Hari Lahir Aaira. Hari ni Aaira turn 2 tahun. Nanti aaira bole baca posting ni, just ingat no matter struggle mommy waktu mengandung dan bersalinkan aaira dan membesarkan aaira. Tapi Aaira lah asbab adanya islamic audio device yang memberi manfaat pada ribuan orang untuk mendengar al quran. Jadilah manusia yang sentiasa memberi manfaat pada orang lain ya aaira.
Mommy doakan hidup Hfiy Hana Aaira sentiasa diberkati Allah dan dipermudahkan,disayangi menjadi anak solehah yang berbakti kepada Allah. Penyejuk jiwa mommy dan papa. Amin.
Even ada yang cakap muka kita sama. Tapi, Aaira lihat dan ikut cuma sisi baik dari mommy,papa dan keluarga kita ya sayang. Love you aaira.
#momymhanasharing
#islamicaudiodevice
#ohanakkusayang.
#islamicaudiodevice
#ohanakkusayang.
Sumber: Hana Shahadan