ANGEL
Asbab menyertai mommyhana saya ingin menambah pendapatan kewangan saya lebih stabil daripada dahulu. Selain itu, dapat juga mengubah hidup dari biasa ke luar biasa. Selepas join mommyhana saya dapat selesaikan beberapa hutang saya sebelum ini, saya dapat beri duit kepada mak ayah serta juga boleh berlanja keluarga.
Sebab join mommyhana ingin membantu keluarga bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu gaji. Dapat meluangkan lebih masa lagi bersama keluarga dan boleh pulang ke kampung tanpa menunggu masa yang sesuai. Selepas join mommyhana saya mempunyai kewangan yang secukupnya dan mempunyai wang simpanan untuk keluarga.
Kaknik tak ada kerja hakiki dan suami juga bukan penjawat awam yang bakal menerima pencen. Kaknik pernah merasa susahnya nak dapatkan sesuatu ketika berhenti kerja dulu sehingga banyak yang tak dapat ditunaikan. Kaknik tak nak anak-anak tak dapat apa yang mereka inginkan zaman kecil mereka. Nak baju raya cantik2, nak toys best2, nak tadika best2,…
Nak bantu keluarga & beri apa sahaja yang mereka nak dari segi kewangan. Nak bantu semua ahli team SuriKayaRaya untuk ubah hidup dari biasa ke luar biasa. Daripada hidup susah ke hidup yang lebih senang, stabil dan selesa. Nak buat kenduri akikah untuk anak. Nak pergi umrah dan jejak tanah haram. Nak bantu semua orang…
Ingin bahagiakan mak, suami, anak anak dan keluarga terdekat. Boleh berbelanja untuk diorang tak kira masa (dari segi keselesaan, rawatan, percutian). Menolong seramai mungkin orang miskin dan anak anak yatim. Membantu surirumah keluar dari zone selesa dan bantu mereka menjana income sendiri
PHOENIX
Kak Zana nak tambah aset tanah,nak tunai umrah tahun 2021,nak bagi mak ayah rm1000 sebulan,nak bawak family ke Legoland,Melancong Sefamily Naik flight, khatam Al Quran paling kurang sekali tahun ni.
Saya bukanlah asal dari keluarga yang lahir terus tidur atas duit. Saya kena teruskan bisnes ini sampailah family saving untuk diri sendiri dan juga anak-anak terjamin. Kita takkan tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang, tapi kita perlu bersedia untuk apa saja kemungkinan yang berlaku pada masa depan.
Dapat membantu keluarga saya hidup dalam keadaan bahagia dan jauh dari hutang. Dapat memberi sahaja apa permintaan yang diminta oleh mak dan ayah suatu hari nanti. Dapat menjaga team yang ada supaya tidak keluar dari menjual produk mommyhana.
Saya ingin join mommyhana kerana saya ingin menambah pendapatan saya. Gaji kerja sekarang memang tak cukup untuk tampung kehidupan saya. Saya ingin bawak keluarga saya buat haji dan umrah.Saya nak tolong adik beradik yang susah dan kalau boleh nak berhenti kerja selewatnya 40 tahun dan tengok anak membesar depan mata
CAT
BIG WHY saya ialah anak-anak saya dan slip gaji saya. Saya nak lihat anak-anak mendapat pendidikan terbaik. Saya nak lihat slip gaji saya bebas bebanan hutang iaitu loan peribadi. Target saya 3 tahun lagi dah clear dari “pemotongan loan peribadi”.Setelah join mommyhana saya dapat membeli kereta cash dan dapat melancong ke Vietnam bersama suami
Gaji sebagai cikgu bukan tak cukup tapi senang kata duduk di Selangor ni cukup-cukup makan sahaja. Tapi, bila buat bisnes, saya dapat gunakan duit bisnes bila ada perkara yang tak diingini berlaku. Contoh, anak saya operation perlukan cash 7k+. Anak saya perlukan udara bersih dan perlukan penapis udara, saya dapat beli secara cash. Alhamdulillah selagi…
CATERPILLAR
Keinginan saya adalah ingin mengubah keluarga saya, ingin membahagiakan anak-anak dan suami. Ingin membanggakan arwah abah dan arwah mama saya kerana di dunia saya tak sempat membalas jasa mereka.Impian ingin menjadi wanita yang berjaya dalam keluarga. Harapan ingin menambah baik rumah dan memiliki kereta baru untuk keselesaan keluarga.
Tambah pendapatan suami yang pendapatannya tidak tentu, jadi saya perlu ada income lain untuk membantunya. Kos terapi anak yang naik mendadak. Selain itu, dapat membantu orang lain bila-bila masa sahaja dan dengan ekonomi sekarang yang tidak menentu.Selepas join mommyhana saya dapat membantu anak saya yang ada autisme, jadi saya nampak buku itu boleh membantu dia…