Ramai merasakan Perintah Kawalan Pergerakan yang diperkenalkan kerajaan bagi memutuskan wabak COVID-19 menghalang kebebasan yang mereka nikmati selama ini. Ramai tidak betah duduk berkurung di dalam rumah biarpun ia dilakukan untuk kesihatan mereka sendiri. Tidak hairanlah lebih banyak tangkapan dibuat dari hari ke hari bagi golongan engkar PKP ini termasuk golongan remaja.
Di sebalik PKP ini, sebahagian dari kita tahu akan kisah Nabi Yunus a.s yang terperangkap 40 hari di dalam perut ikan. Ternyata kisah ini amat menarik untuk kita perhalusi dan inilah masanya umat islam kena muhasabah diri masing-masing. Allah memberi kita peluang dan lebih banyak masa untuk dekat padaNya di saat ini. Jangan jadi orang yang kerugian masa kerana masa tidak pernah menunggu kita walau sesaat.
Bacalah perkongsian bermanfaat ini. Semoga kita lebih istiqomah dalam kehidupan.
Terima kasih atas perkongsian ini. Saya petik dari wasap oleh Dr Aman Rashidi Hussain. Moga menjadi pelajaran bagi kita.
Nabi Yunus terpenjara dalam perut ikan paus selama 40 hari. Mari kita belajar dari kisah Nabi Yunus ketika beliau sempat di LOCKDOWN oleh Allah di dalam perut ikan paus, sehingga wajar bila tubuh Nabi Yunus saat itu menjadi sangat lemah, tanpa makanan, minuman, tanpa teman bicara, dan kemungkinan besar sesak nafas sebab kekurangan oksigen. Tiada wifi, tiada handphone, tiada bantuan makanan, tiada cahaya, tiada segala-galanya. Hanya beliau dengan Allah sahaja.
Nabi Yunus bukan di LOCKDOWN di dalam sebuah kota atau negara, tapi beliau di LOCKDOWN di dalam perut ikan paus, di dalam kegelapan, dan tentunya di dalam lautan. Nabi Yunus benar-benar sendirian tanpa ada seorang pun manusia yang mampu menolongnya, sehingga bingung kerana tidak ada gambaran solusi sedikit pun. Terputus segala hubungan, terpisah dan keseorangan dan benar-benar telah Allah LOCKDOWN secara fizikal dan logiknya.
Untungnya Nabi Yunus AS segera menginsafi diri, sedar diri kenapa Allah sampai menghukumnya dengan LOCKDOWN beliau di dalam perut ikan paus. Kalau kecerdasan PQ dan IQ sudah tak berdaya untuk mencari dan menemukan solusi, maka kita harus berusaha menggunakan kecerdasan EQ, SQ, dan RQ, dan itulah yang dilakukan oleh Nabi Yunus.
Mari kita perhalusi dan menghayati perjalanan dan proses Nabi Yunus sebelum, semasa dan hingga berhasil keluar dari LOCKDOWN yang ada.
1. Bermula dari kemarahan Nabi Yunus kepada kaumnya yang sukar diajak untuk beriman kepada Allah.
2. Nabi Yunus mengancam kaumnya akan diberikan Azab apabila tidak beriman juga.
3. Nabi Yunus pergi meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah, pergi menaiki kapal yang penuh dengan penumpang.
4. Diperjalanan terjadi badai, dan kapal harus mengurangi jumlah penumpang, dan Nabi Yunus terpilih menjadi yang harus dibuang dari kapal.
5. Setelah dibuang ke laut, Nabi Yunus lalu ditelan oleh ikan paus.
6. Nabi Yunus akhirnya sedar diri bahawa dia sudah berbuat salah kerana tidak bersabar malah marah dan menyalahkan kaumnya.
7. Lalu dengan kesedaran itulah Nabi Yunus bertaubat dengan kalimat “Laa Ilaaha illaa Anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin”, yang ertinya “Tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim”.
Inilah kalimat taubat Nabi Yunus ini lalu mengundang Rahman dan Rahimnya Allah, sehingga selamatlah ia dari cengkaman LOCKDOWN Ikan Paus.