Viral di media sosial sekeping gambar perkongsian Eza Nurbaiti yang memaparkan pelancong asing duduk di kaki lima sebuah pasaraya sambil memegang kertas menulis ‘I can’t go home and have no money. I need a food‘.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Temerloh, Pahang telah menggesa pihak polis memberi bantuan. Menerusi laporan Harian Metro, pelancong Rusia tersebut merupakan seorang jurutera yang hadir ke Malaysia pada 17 Mac lalu sebelum tiket penerbangan pulang dibatalkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan.
Tiket penerbangan dibatalkan
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytiharkan pada 18 April lalu, dia yang ketika itu berada di Kuantan berusaha untuk pulang segera ke negara asal, namun tiket penerbangannya dibatalkan.
Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan. Temubual bersama warga asing itu juga dijalankan bagi mendapat maklumat yang sebenar.
Bawa ke klinik untuk saringan kesihatan
Dia gagal menghubungi dua rakannya itu dan kemudian menumpang sebuah lori untuk ke Kuala Lumpur, namun diturunkan di Temerloh, semalam.
Kita juga sudah menghubungi kedutaan Rusia di Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
Pada mulanya, pelancong tersebut berada di Kuala Lumpur sebelum ke Kuantan untuk berjumpa dua rakan senegaranya. Namun dia gagal menghubungi rakannya sebelum menumpang sebuah lori untuk pulang ke Kuala Lumpur tetapi diturunkan di Temerloh.
Pihak polis turut telah membawa pelancong tersebut ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang untuk pemeriksaan kesihatan dan saringan Covid 19.
Sumber: Harian Metro