Ibu Bapa ‘Rosakkan’ Anak Tanpa Sedar Dengan 4 Perkara Ini, Patutlah Anak Tak Suka Belajar
Ibu bapa pastinya mahukan anak yang rajin belajar, cemerlang dalam pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah tanpa disuruh. Yang penting, ibu bapa perlulah mendisiplinkan anak dengan betul, tegas dan sentiasa sabar. Kadang-kadang ibu bapa terlalu berlembut dengan anak kerana kasihan tapi sebenarnya boleh merosakkan anak. Ini 4 perkara yang ibu bapa sering terlepas pandang yang boleh membuatkan anak malas berusaha untuk siapkan homework mereka.
ROSAKKAN ANAK TANPA SEDAR?
Kadang-kadang jadi ibu bapa ni, kita akan ada banyak keputusan-keputusan yang buat kita serba-salah untuk buat. Macam diluah mati emak, ditelan mati bapak. Kita perlu buat timbang-tara yang terbaik dan meninggalkan kesan negatif paling minimal terutamanya pada anak kesayangan kita.
SEBAB:
Akhirnya, anak kita tu akan membesar menjadi manusia. Tindakan dan keputusan kita yang kita buat berkaitan dengan anak tersebut, akan membentuk personaliti anak-anak kita. Takut. Yang paling saya takut adalah kita rosakkan anak tanpa kita sedar.
Bagi saya, walau macam mana pun sukar keputusan yang kita mahu lakukan, berpegang kepada akhlaq adalah yang terbaik. Sekolah adalah medan anak belajar pelbagai kemahiran. Dan bagi saya, di sini jugalah kita cenderung dan berisiko untuk TERsilap buat keputusan:
1.BUATKAN ‘HOMEWORK’ ANAK
Tanam dalam diri kita. Kerja sekolah anak BUKAN UNTUK DISIAPKAN PERFECT. Tapi, untuk melatih anak tanggungjawab. Dari kerja sekolah juga, kita boleh tahu kesukaran perkembangan anak kita. Kan dah kurang stress tu.
2. ANAK TAK SIAP HOMEWORK, COVERKAN
3. KOMEN SILIBUS SUSAH DEPAN ANAK
“Susahnya Bahasa Melayu sekolah Thufayl ni!!! Memanglah Thufayl tak boleh jawab!” Ha. Apa anak rasa? Dia dapat alasan paling besar untuk beritahu diri dia yang SILIBUS MEMANG SUSAH, JADI TAK APA KALAU DIA TAK USAHA. Nak komen, komen sesama orang dewasa sahaja. Anak kita jangan di”escape”kan dari belajar tanggungjawabnya.
4. KOMEN CIKGU DEPAN ANAK