Syaaban adalah salah satu bulan yang cukup istimewa bagi umat Islam. Apa yang membuatkan Syaaban menjadi sangat istimewa ialah Syaaban adalah ‘pintu masuk’ bagi Ramadan. Sebelum memasuki bulan puasa, kita akan temui bulan Syaaban terlebih dahulu.
Selain itu, terdapat satu malam pada bulan Syaaban, yang mana malam tersebut menyimpan keistimewaan yang cukup mulia dan tiada pada malam-malam yang ialah. Itulah dia malam Nisfu Syaaban.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Nisfu Syaaban?
Nisfu adalah kalimah dalam bahasa Arab yang bermaksud pertengahan, manakala Syaaban adalah merujuk kepada bulan Syaaban itu sendiri. Ini bermakna Nisfu Syaaban bermaksud pertengahan Syaaban, atau lebih tepat lagi ialah 15 Syaaban.
Bilakah Bermulanya Nisfu Syaaban?
Nisfu Syaaban bermula selepas masuknya waktu maghrib, 15 Syaaban. Sebagai contoh, tahun ini (2022), 15 Syaaban jatuh pada hari jumaat. Maka, Nisfu Syaaban jatuh pada hari khamis malam jumaat, atau lebih tepat selepas azan Maghrib pada hari khamis (17 Mac 2022).
Amalan-Amalan Yang Digalakkan Pada Malam Nisfu Syaaban
Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu Sya’ban tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya samada dengan membaca al-Quran, solat sunat, berzikir dan lain-lain lagi.
Walaubagaimanapun, kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum. Oleh itu, sekali lagi kami nyatakan bahawa tiada amalan khusus yang sabit daripada Nabi SAW berkaitan malam nisfu Sya’ban.
Kelebihan Nisfu Syaaban
Terdapat banyak hadis yang menceritakan akan kelebihan Nisfu Syaaban, antaranya:
-
Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]
-
Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يَطَّلِعُ اللهُ عزَّ وجلَّ إلى خَلْقِهِ ليلَةَ النِّصفِ مِنْ شَعْبَانَ ، فيَغْفِرُ لِعبادِهِ إِلَّا لِاثْنَيْنِ مُشَاحِنٍ ، وقَاتِلِ نَفْسٍ
Maksudnya: “Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 6353] Ibn Hajar mengatakan sanadnya layyin (salah satu daripada ciri hadith dhaif). [Lihat: al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, 2:43] Manakala Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih [Lihat: Musnad Ahmad, 10:127]
-
Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]
-
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَغْفِرُ اللهُ لِعِبَادِهِ إِلَّا لمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Maksudnya: “Apabial tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Majma’ al-Zawaid, 8:68] Imam al-Sakhawi menyatakan bahawa perawi-perawinya tidak ada dipertikaikan. [Lihat: al-Ajwibah al-Mardhiyyah, 1:325]
Pendapat ulama’ berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban
Berikut adalah beberapa pendapat ulama’ berkaitan malam nisfu Sya’ban:
Telah berkata Imam al-Syafie RA:
“Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”. [Lihat: al-Um, 1:264]
Ibnu Rajab RA mengatakan: “Berkaitan malam nisfu Sya’ban, pada zaman dahulu para tabi’in daripada penduduk al-Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa para tabi’in yang lain memuliakannya (malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu”. [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 247]
Beribadahlah, Di Samping Jagalah Kesihatan Diri
Di samping kita perbanyakkan amal ibadah, pastilah kita juga perlu menjaga kesihatan diri. Ibadah itu menjadi lebih mudah apabila tubuh berada dalam keadaan yang sihat dan bertenaga.
Kekalkan kesihatan dan tenaga dalam diri dengan pengambilan makanan tambahan yang mampu menguatkan imun badan seperti Emmune:
Selain itu, pengambilan buah-buahan seperti kurma sangat penting, lebih-lebih kita bakal memasuki bulan Ramadan. Pilihan kurma yang baik sangat penting agar tubuh sentiasa berada dalam keadaan yang sihat, seperti Kurma Ajwa, iaitu kurma yang menjadi kegemaran baginda Rasulullah SAW:
___
Rujukan: