Corona a.k.a Covid-19
Nama dia Corona atau dikenali sebagai Covid-19. Dia adalah Virus yang halus, licik dan jahat. Rupanya mempunyai duri-duri dan dia sangat kuat.
Pada mulanya Corona hanya ada pada binatang liar dan berbisa seperti Kelawar, Ular, Tikus, Cengkerik dan haiwan-haiwan yang tidak boleh dimakan.
Tetapi bila ada dikalangan manusia yang sanggup menjadikan mereka sebagai santapan yang sedap dan lazat yang menyebabkan semua Virus-virus didalam tubuh mereka perlu mencari rumah yang baru maka bagi mereka tubuh tubuh yang menyetuhnya(manusia) lah yang sesuai untuk mereka diami. Dan ia juga menyebabkan Virus-Virus ini bebas untuk pergi ke tubuh badan manusia yang tidak berdosa.
Bila Corona dah suka dapat tempat tinggal yang baru, dia hanya mengambil masa 2-14 hari sahaja untuk dia selesa dalam tubuh badan manusia.
Takkala bila Corona ni sudah masuk ke dalam tubuh badan manusia imunisasi badan kita akan BERPERANG dengannya untuk melindungi badan kita dari ancamannya.
Semasa peperangan berlaku antara imunisasi diri bersama Corona, tubuh badan manusia akan mendapat kesan darinya, seperti batuk yang tidak hentinya, susah bernafas serta demam panas. Apabila tubuh badan sudah menunjukkan tanda-tanda seperti berikut, perlu segera berjumpa dengan Doktor untuk mencegah Conora ni menang dalam peperangan.
Setelah berjumpa dengan Doktor, perlu menceritakan hal yang sebenar-sebenarnya supaya Doktor dapat membantu imunisasi kita untuk sama-sama berperang melawan Corona Virus ini.
Selesai itu, pesakit yang dijangkiti Conora mestilah merehatkan dirinya dan mengkuarintinkan dirinya berseorangan selama 14 hari untuk memastikan Corona itu tidak dapat lari ke tempat yang baru dan ia akan kalah mati di dalam peperangan.
Nota Penting:
- Ketahuilah Corona ini sangat licik apabila dia tahu seseorang yang dia jangkiti dan pergi berjalan-jalan diluar, dia akan menjangkiti semua orang yang ada dekat dengannya.
- Corona tidakkan akan dapat bertahan dengan lama dan akan mati dengan cepat apabila kita sentiasa menjaga kebersihan diri kita dengan kerap mencuci tangan, memakai hand sanitizer dan membersihkan persekitaran dengan sabun anti-kuman.
- Corona akan mati dengan sendirinya apabila dia tiada tempat baru untuk didiami.
Dengan itu kita kena sama-sama berganding bahu untuk melawan dan menghapuskan corona ni dengan tidak keluar dari rumah, menjaga kebersihan diri dan mengamalkan sosial distancing kita pasti akan BERJAYA MENGHAPUSKAN VIRUS JAHAT ni.