Makanan terbaik untuk si kecil anda? Pastilah susu ibu! Susu ibu mengandungi segala protein yang diperlukan dalam tubuh bayi. Sebaiknya, bayi hanya perlu diberikan susu ibu sahaja sehinggalah pada usia 6 bulan. Kemudian, kita bolehlah memberikan makanan yang bersesuaian untuk mereka, dan pastilah makanan tersebut baik untuk kesihatan tubuh badannya. Dalam masa yang sama, susu ibu masih boleh diteruskan untuk diberi.
Menjelang umur si bayi menjejak dua tahun, seharusnya si ibu telah menceraikan susu badan untuk anak mereka. Ini kerana anak anda sebenarnya sudah mampu mendapatkan segala protein yang mencukupi dari makanan yang sedia ada.
Namun, terdapat ibu-ibu di luar sana yang mengalami kesukaran untuk menceraikan susu badan, lebih-lebih lagi anaknya sendiri lebih suka memerap.
Di sini, kami kongsikan 5 tips mudah yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang mengalami masalah ini ya:
1. Beri Makanan Yang Disukai Oleh Anak
Antara sebab anak sukar menceraikan susu badan adalah kerana mereka berada dalam keadaan yang lapar. Jadi, cuba buatkan mereka tidak merasa lapar dengan memberikan lebih kerap makanan. Biar makanan itu dimakan sedikit, tetapi secara kerap.
Dalam hal ini, mungkin anak cerewet dan susah untuk makan. Jadi, penting untuk kita mengetahui makanan apa yang disukai oleh mereka dan cuba beri makanan tersebut agar anak anda lebih berselera untuk makan.
2. Ayah Ambil Alih Tugas Memberi Makan Kepada Anak
Ini bukanlah cara si ibu melepaskan tanggungjawab, sebaliknya latihan untuk anak ‘menjauhkan dirinya’ daripada ibu agar latihan menceraikan susu badan ini berjaya. Lagipun, inilah masa yang sangat sesuai untuk si ayah berkhidmat dengan lebih banyak masa bersama anak tercinta, kan?
Melalui cara ini, anak tidak lagi memikirkan ibunya sahaja jika dia lapar. Biasalah bila anak kecil lapar dan mereka pergi ke arah ibu mereka, maka proses menceraikan susu badan akan menjadi lebih sukar. Sebaliknya bila anak lapar, mereka akan beralih ke arah bapa pula.
Lambat laun, proses cerai susu badan ini akan terlaksana.
3. Beri Susu Botol Yang Diingini Anak
Anak mana yang tidak suka warna yang cantik dan menarik? Pastinya anak-anak yang bakal mencecah usia 2 tahun ini mempunyai karekter yang mereka minati. Dari situ, kita boleh memilih botol yang disukai oleh mereka.
Dalam masa yang sama, kita perlulah memilih puting botol susu yang bersesuaian dengan anak. Jika anak tidak memilih, baguslah. Namun jika anak agak cerewet, maka bersabarlah.
4. Alihkan Perhatian Anak
Jika anak meminta susu badan, cuba alihkan perhatian anak dengan perkara yang lain. Contohnya, beri anak bermain di luar ke, atau bacakan buku bersama mereka, atau paling tepat ialah memberikan mereka makan dan minum.
Anak-anak ini mudah dialihkan perhatiannya. Dalam tempoh beberapa saat sahaja, perkara yang mereka rengetkan sebelum ini akan hilang begitu saja.
Tapi kita sebagai ibubapa perlu ingat, bila anak meminta susu badan, bermakna mereka lapar (atau boleh jadi sekadar mengada-ngada). Jadi, kita perlulah beri mereka makan dan minum.
5. Beri Susu Formula Yang Terbaik Dan Disukai Oleh Anak-Anak
Apabila kita menceraikan susu badan, bermakna kita perlu menggantikan susu tersebut dengan susu yang baik juga, bukan sekadar susu formula biasa. Dalam masa yang sama, susu tersebut juga perlulah diminati oleh anak-anak. Dua point penting di sini ialah:
- Susu formula tersebut baik untuk kesihatan anak-anak
- Susu tersebut diminati oleh anak-anak
Jika ada duit lebih, bolehlah diberikan susu segar kepada anak. Namun, pastilah masalah terbesar di sini ialah kewangan kerana harga susu segar adalah agak mahal.
Pilihan lain untuk susu formula terbaik untuk anak ialah susu kambing.
Kita juga pastilah mengetahui akan kelebihan susu kambing. Ianya adalah susu kedua yang terbaik selepas susu ibu. Malah, susu kambing juga adalah minuman sunnah Rasulullah SAW.
Namun, tidak semua anak-anak boleh meminum susu kambing kerana baunya yang agak hamis.
Ya, susu kambing memang hamis. Tapi apa yang membuatkan Susu Kambing dari MommyHana cukup istimewa sebab ianya tiada hamis! Dengan teknokogi moden dalam penghasilan susu ni, ianya berjaya membuang bau hamis. Tak ada bau hamis, rasanya pula memang sangat sedap!
Dengan rasa yang manis daripada gabungan buah-buahan serta makanan sunnah, Hana Goat’s Milk adalah pilihan yang cukup tepat untuk anak, terutamanya buat anak yang ingin memutuskan susu badan. Insya-Allah, bila anak sudah merasai keenakan susu ini, mereka tidak lagi meminum susu badan. Ibu juga tidak perlu bimbang kerana Hana Goat’s Milk adalah susu yang cukup baik dan banyak khasiatnya.
Mari, ketahui lebih banyak lagi kelebihan serta khasiat Hana Goat’s Milk ini di sini:
https://www.mommyhana.com/index.php/product/hana-goats-milk-chocolate/