Anak Lambat Bercakap: Punca Sebenar Yang Membuatkan Ibu Bapa Risau
Anak lambat bercakap merupakan masalah komunikasi yang dihadapi oleh seseorang individu. Kebiasaannya perkara ini berlaku kepada kalangan anak-anak kecil. Anak lambat bercakap sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Dalam artikel ini akan menyatakan punca dan langkah untuk digunakan untuk anak yang lambat bercakap.
Punca Anak Lambat Bercakap
Seorang bayi kecil haruslah boleh mengeluarkan bunyi-bunyi yang menggambarkan seolah-olah mereka bercakap. Walaupun tidak difahami, dorongan untuk bercakap haruslah ada.
Masalah anak lambat bercakap ini sebenarnya bukan disebabkan oleh faktor dalaman yang sedia ada. Malah sebenarnya faktor sekeliling anak-anak tersebut.
Berdasarkan kajian, anak kecil ataupun bayi sudah boleh mula bercakap pada sekitar umur satu tahun ke atas. Ada juga segelintir anak-anak yang sudah mencapai umur 3 tahun, namun masih lambat bercakap.
Punca anak lambat bercakap juga boleh jadi daripada kesilapan ibu bapa. Berikut merupakan beberapa kesilapan ibu bapa:
- Kurang Terlibat Dalam Perbualan
Sebagai seorang ibu ataupun bapa, perbualan bersama nak kecil ataupun bayi haruslah dijadikan aktiviti harian. Meskipun percakapan anak itu sukar untuk difahami, tetapi penglibatan ibu bapa amatlah perlu.
Ibu bapa juga boleh mengajar anak mereka untuk bercakap. Anak lambat bercakap ini sebenarnya tidak didedahkan oleh ibu bapa mereka.
Ada juga ibu bapa yang suka memarahi anak-anak mereka apabila bercakap. Ini adalah kerana bahasa mereka sukar difahami dan tidak mahu diganggu.
- Kurang Pendedahan Kepada Perkataan
Perkataan-perkataan baru yang anak-anak dengari bukan dari buku dan bahan audio semata-mata. Malah perkataan daripada mulut ibu bapa juga menjadi contoh kepada anak-anak.
Anak-anak akan mengikuti contoh yang sudah ditunjukkan oleh ibu bapanya. Dalam kata lain, masa bersama dan perbualan dengan anak amatlah penting. Ini akan dapat membantu meluaskan kosa kata mereka.
Anak-anak bukan sahaja akan mengingati kosa kata, malah mereka juga akan memahami maksud sesebuah perkataan itu.
- Terlalu Lama Dengan Gajet
Tidak dinafikan lagi, gajet merupakan alatan yang sentiasa ada di tangan anak-anak. Kebanyakan gajet ini digunakan atas dasar pendidikan.
Ibu bapa harus tahu, pendidikan dalam gajet merupakan pembelajaran ataupun komunikasi satu hala. Ini sedikit menyukarkan anak-anak untuk belajar.
Apabila anak-anak ini terdedah dengan persekitaran, situasi yang dihadapi mereka akan berubah. Ini akan lebih membantu mereka untuk bercakap seterusnya berbual dengan orang sekeliling.
Anak lambat bercakap ini akan menjadi lebih semangat untuk belajar bercakap apabila mereka mendapat respon daripada ibu bapa.
- Mengajuk Anak Bercakap Pelat
Apabila anak-anak ini cuba untuk memulakan percakapan, janganlah diajuk percakapan mereka yang pelat. Malah teruskan dengan memperbetulkan perkataan tersebut dengan lemah lembut.
Ibu bapa haruslah menggunakan bahasa dengan betul agar anak-anak akan terikut dengan sebutan tersebut. Anak-anak ini akan mula mengetahui sebutan perkataan dengan betul.
Cara-Cara Untuk Mengetahui Anak Lambat Untuk Bercakap
Para ibu bapa sememangnya perlu risau sekiranya anak lambat bercakap walaupun umur sudah besar. Ini jelas sekali akan menimbulkan masalah bagi anak mereka untuk menjalani hari-hari mereka.
Setiap anak dibesarkan dengan cara yang berbeza. Ada yang berusia 12 bulan sudah mula bercakap dan ada juga di sebaliknya.
Berikut merupakan cara untuk para ibu bapa hendak mengetahui adakah anak mereka sudah mula bercakap atau tidak:
Pada Umur 12 bulan
Anak masih tidak dapat menggunakan gabungan konsosnan dan vokal seperti ‘tata titi tutu’. Ini juga tidak disertakan dengan intonasi bunyi yang pelbagai. Intonasi sama digunakan.
Tiada aksi yang ditunjukkan semasa menyebut perkataan. Contoh mengangguk kepala semasa menyebut ‘nak’.
Tiada tindak balas apabila nama mereka dipanggil dan mengendahkan segala tarikan. Tidak berminat untuk melakukan komunikasi.
Umur 15 bulan
Tiada tindak balas dan tidak tertarik setelah ditawarkan susu. Berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kata-kata.
Umur 18 tahun
Anak tidak dapat tindak balas dengan arahan yang diberikan seperti ‘berhenti’, ‘jangan’ dan ‘ambil’. Seterusnya tidak bergerak ke arah yang disuruh ataupun ditunjuk.
Tidak menggunakan banyak perkataan. Hanya menggunakan satu-satu perkataan sahaja. Tiada respon dengan arahan yang diberikan dan tiada persoalan yang diutarakan.
Umur 24 tahun
Anak mula menyebut banyak perkataan tetapi masih terhad. Anak masih lagi menggunakan perkataan satu per satu dan masih lemah untuk menggabungkan 2 perkataan.
Masih tidak dapat untuk memberi tindak balas apabila menerima 2 arahan pada satu masa.
Anak tidak dapat melakukan pergerakan selaras dengan perkataan seperti ‘lompat’ atau ‘pusing’.
Tidak dapat bermain secara imaginasi seperti bermain pondok-pondok atau beraksi memandu kereta dengan gerakan tangan.
Umur 30 bulan
Tiada penambahan kosa kata. Kurang menggunakan perkataan seperti ‘makan’, ‘tidur’ dan ‘pusing’.
Tidak dapat menjawab persoalan yang diajukan seperti ‘apa ini?’ dan ‘siapa ini’.
Seterusnya tidak berminat untuk berkomunikasi dan bermain dengan kanak-kanak lain.
Umur 3-4 tahun
Kurang bertanya atau jarang mengajukan soalan kepada ibu bapa mahupun orang lain. Lebih memilih untuk berdiam.
Masih lagi tidak dapat menghasilkan sebuah ayat yang lengkap seperti ‘saya nak makan nasi’. Anak ini juga tidak mampu bercerita dengan petah pada usia empat atau lima tahun.
Teknik Mengajar Anak Bercakap
Kebolehan setiap anak-anak untuk mula bercakap sememangnya berbeza. Ada yang boleh mula bercakap dengan awal, ada juga lambat bercakap.
Ibu bapa haruslah mengetahui apa yang hendak dilakukan sekiranya perkara sedemikian ini berlaku. Jangan panik, ini merupakan proses kepada anak-anak semasa membesar.
1.Kerapkan Berborak Dengan Anak
Ibu bapa perlu bekerja keras untuk membiasakan anak-anak dengan percakapan harian di rumah. Anak yang berumur 1 tahun sudah tahu untuk bezakan bunyi tetapi masih belum dapat untuk memberi tindak balas.
Dalam ‘fasa growth’ ini merupakan fasa di mana ibu bapa perlu bekerja keras untuk memastikan anak tidak lambat bercakap. Oleh itu, ibu bapa haruslah mula berbual-bual dengan anak-anak.
Caranya adalah dengan menggunakan bahasa biasa dan bukan ajukan bahasa bayi. Ini akan membuatkan anak-anak terbiasa dengan perkataan yang digunakan ibu bapa.
Contohnya, ibu bapa boleh menggunakan ayat seperti ‘Jom makan’, ‘Jom mandi’ dan ‘makan nasi’.
2.Mulakan Dengan Perlahan
Apabila ingin melaksanakan perbualan dengan anak-anak, ibu bapa haruslah melakukannya perlahan. Jangan tergesa-gesa dalam percakapan.
Anak-anak akan menghadapi kesukaran untuk menangkap perkataan yang disebut oleh ibu bapa.
3.Fokus Terhadap Perkataan Baru
Pendedahan perkataan baru harus juga difokuskan. Ini akan menyebabkan anak-anak akan tahun perkataan baru.
Dalam mendedahkan perkataan baru, ibu bapa haruslah mengajar dengan perlahan-lahan dan banyak kali. Sebutan itu harus dipanjangkan agar mudah untuk anak-anak.
4.Menyanyi Bersama Anak
Nyanyian merupakan bahan atau cara yang berkesan untuk anak-anak. Pada zaman kini, sememangnya cara ini digunakan oleh ibu bapa tetapi hanya anak sahaja yang terlibat.
Ibu bapa haruslah melibatkan diri juga dalam pembelajaran anak. Ibu bapa juga hendaklah mengajuk perkataan yang terdapat dalam nyanyian tersebut.
Ini akan membuat anak-anak menjadi lebih senorok belajar apabila ibu bapa disisi.
5.Bahasa Badan
Bahasa badan ini penting dalam mengajar anak-anak. Semasa bercerita ataupun bercakap, bahasa badan ini perlu digunakan. Ini akan menyebabkan anak-anak seronok untuk bercakap.
Dengan adanya bahasa badan, juga juga dapat bertindak dengan aksi gerak badan apabila mendengar atau menyebut perkataan.
6.Beri Pujian
Ibu bapa harus biasa dengan memberi pujian kepada anak-anak. Apabila anak-anak dapat menyebut perkataan baru, maka berilah pujian.
Kesimpulannya, ibu bapa haruslah sentiasa berusaha dalam melahirkan anak-anak yang petah bercakap. Ibu bapa janganlah cepat panik apabila perkara ini berlaku.
Kemahiran bercakap ini merupakan salah satu kemahiran yang perlu mula dididik di rumah sebelum ke sekolah. Ibu bapa haruslah bijak dalam mengatur langkah.
Jika anda mencari keperluan untuk mendidik anak dalam percakapan, klik laman web ini untuk mendapatkan keperluan tersebut.
Bahan yang ada amatlah dapat membantu anak-anak untuk berlatih bercakap.
Dapatkannya sekarang di website MommyHana