Semalam 26 March 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa tempoh kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April iaitu dua minggu lagi dari tarikh asal. Perkara ini perlu diambil serius memandangkan pesakit COVID-19 dilaporkan semakin meningkat.
Di Facebook, seorang pemandu Grab kongsi pengalamannya menerima mesej ringkas yang dipercayai pesakit COVID-19. Hal ini membuatkan ramai geram dengan perangai individu terbabit yang pentingkan diri sendiri.
Ada pesakit Covid-19
“Petang ni tadi saya dapat job untuk bawa 3 orang penumpang dari Amberside, Country Garden JB ke Terminal Feri Pasir Gudang sejauh 31km dengan bayaran RM70 (Grab 6 Seater). Saya menolak permintaan ini kerana penumpang memberi mesej membawa 2 orang penumpang Corona. Dari mesejnya, saya memahami ia bersama 2 orang yang dijangkiti virus Corona.
Dalam mesej selanjutnya, dia sanggup memberi bayaran lebih dan saya minta dia batalkan permintaannya. Setelah dibatalkan, saya telah menghubungi Grab online supaya diambil tindakan tidak membenarkan pemandu Grab atau e-hailing lain mengambil penumpang ini ke destinasi yang diminta.”
Menurut pemandu ini, dia mendapat tawaran lebih tinggi dari penumpang untuk membawa 3 orang pesakit corona virus namun ditolaknya. Dia terus melaporkan perkara ini kepada pihak syarikat Grab agar pihak mereka cepat mengambil tindakan.
Perkongsian ini turut menimbulkan kebimbangan orang ramai yang rata-ratanya takut dengan perkara ini sekiranya tidak segera dirawat. Ini mungkin boleh menyebabkan ramai lagi dijangkiti wabak ini.
Laporkan ke pihak polis – netizen
Ruangan komen yang bimbangkan pemandu grab.
Sumber : Mohd Sunawan