PERJANJIAN PENGEDAR

 

PERJANJIAN PENGEDAR ini dibuat pada 1 Januari 2020

DI ANTARA

 

MOMMYHANA CREATIVE SDN BHD (No. Syarikat: 1273851-D), sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat perniagaan di No.2-2F, Jalan Setia Perdana BE, U13/BE, Setia Alam, 40170, Shah Alam, Selangor, Malaysia (“HQ”) di satu pihak.

 

DAN

 

Pihak yang dinamakan dan beralamat seperti di Bilangan 1 di Jadual Pertama di dalam Perjanjian ini (“Pengedar”) di satu pihak lain.

 

BAHAWASANYA:

 

  1. HQ adalah pengeluar produk seperti yang disenaraikan di Jadual Kedua (“Produk HQ”) di dalam perjanjian ini.

 

  1. Pengedar berminat dan bersetuju untuk menjadi pengedar eksklusif HQ untuk memasarkan, mengedar serta menjual Produk HQ.

 

  1. HQ bersetuju melantik dan Pengedar bersetuju dengan perlantikannya sebagai pengedar Produk HQ tertakluk kepada terma-terma didalam perjanjian ini.

 

KEDUA-DUA PIHAK dengan ini bersetuju seperti berikut: –

 

  1. SYARAT PERLANTIKKAN PENGEDAR

 

  • Semua pengedar WAJIB mendapatkan 1 produk Mommyhana sebagai syarat utama untuk menjadi pengedar.
  • Selepas melalui proses penilaian selama sebulan, pengedar yang komited akan ditawarkan jawatan pengedar mengikut prestasi jualan.
  • HQ berhak sepenuhnya mengubah syarat-syarat perlantikkan pengedar daripada semasa ke semasa dengan memberi notis secara bertulis selama satu (1) bulan sebelum perlaksanaan syarat-syarat baru tersebut kepada pengedar.

 

 

 

  1. SISTEM KENAIKAN PANGKAT

 

Setiap pengedar berpeluang untuk kenaikan pangkat apabila mencapai sasaran jualan mengikut jawatan yang ditetapkan HQ.

 

 

  1. TEMPOH PERJANJIAN

 

  • Perjanjian ini adalah untuk tempoh satu (1) tahun (“Tempoh Perjanjian”) bermula daripada tarikh 1 Januari 2020 (“Tarikh Kuatkuasa”) seperti dinyatakan di Jadual Pertama perjanjian ini, melainkan jika ditamatkan lebih awal menurut Klausa 10 di bawah.

 

  • Sekiranya Pengedar berhasrat untuk memperbaharui Tempoh Perjanjian ini, Pengedar dikehendaki memaklumkan kepada HQ tidak kurang daripada satu (1) bulan sebelum tamat Tempoh Perjanjian.

 

  • HQ berhak sepenuhnya untuk mempertimbangkan permohonan Pengedar untuk melanjutkan tempoh perjanjian tersebut kepada satu (1) tahun lagi (“Tempoh Lanjutan”). Perkara ini tertakluk kepada prestasi pengedar dan pengedar tidak cuai, gagal, melanggari atau mengengkari mana-mana terma dan syarat yang terkandung di dalam perjanjian ini.

 

 

  • Apabila Tempoh Perjanjian ini tamat atau Tempoh Lanjutan tidak diperbaharui maka HQ tidak akan melakukan apa-apa jua bentuk bayaran atau apa jua jenis pulangan kepada Pengedar.

 

 

  1. PEMBELIAN DAN TEMPAHAN PRODUK

 

  • Pengedar dikehendaki membeli Produk HQ mengikut syarat-syarat seperti yang disenaraikan di Jadual Ketiga perjanjian ini. Segala perubahan syarat pembelian Produk HQ akan dimaklumkan kepada Pengedar oleh pihak HQ secara bertulis tidak kurang daripada tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh penguatkuasaan pindaan tersebut.

 

  • Pengedar hendaklah membuat tempahan Produk sama ada melalui HQ atau pun melalui Leader secara bertulis dan dikemukakan kepada HQ atau Leader sama ada secara faks, serahan tangan, emel, atas talian (online) melalui laman sesawang (website) HQ (jika tempahan dibuat melalui HQ) atau tempahan melalui aplikasi Whatsapp.

 

  • HQ dan Leader hanya akan memproses tempahan yang dibuat oleh Pengedar setelah Pengedar mengemukakan bukti pembayaran yang telah dilakukan kepada HQ atau pun Leader dan jika pembayaran tersebut secara tunai, pengesahan penjelasan (clearance) telah disahkan oleh bank HQ atau pun bank Leader.

 

  1. CARA PEMBAYARAN TEMPAHAN

 

  • Pengedar dikehendaki membuat pembayaran pembelian Produk ketika membuat tempahan dengan HQ mahupun Leader.

 

  • Pembayaran tempahan boleh dilakukan seperti berikut:

 

  • Tunai;

 

  • Deposit wang tunai ke dalam akaun HQ ataupun Leader yang dimaklumkan oleh HQ dan Leader secara bertulis kepada Pengedar, dimana slip bank perlu dikemukakan kepada pihak HQ ataupun Leader sebagai bukti pembayaran;

 

  • Pemindahan atas talian (online) dimana resit bank perlu dikemukakan kepada pihak HQ ataupun Leader sebagai bukti pembayaran sama ada melalui aplikasi Whatsapp ataupun email.

 

 

 

  1. PENGHANTARAN TEMPAHAN

 

  • Penghantaran tempahan produk kepada Pengedar akan dilakukan setelah pembayaran penuh pembelian diperjelaskan oleh Pengedar kepada HQ atau pun Leader melalui cara pembayaran tempahan dibawah Klausa 5 di atas,.

 

  • Kos penghantaran tempahan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pengedar.

 

  • Sekiranya terdapat kerosakkan semasa penghantaran tempahan dilakukan maka Pengedar perlu berurusan secara terus dengan pihak penghantaran tempahan. Walau bagaimanapun, sekiranya terbukti kerosakkan Produk berpunca daripada pihak HQ atau pun Leader maka HQ atau pun Leader akan menggantikan Produk tersebut dengan produk yang sama jenis atau dengan produk yang lain tetapi dengan nilai yang sama.

 

  1. OBLIGASI HQ

 

HQ akan melakukan perkara-perkara berikut:

 

  • Membantu Pengedar daripada segi promosi Produk HQ melalui media cetak atau eletronik;

 

  • Memberi latihan penjualan dan pemasaran Produk HQ kepada Pengedar dari semasa ke semasa; dan

 

  • Memastikan stok Produk HQ mencukupi untuk untuk dibekalkan kepada Pengedar.

 

 

 

  1. OBLIGASI PENGEDAR

 

Pengedar mengakujanji akan melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:

 

  • Semua pemasaran , promosi, pengedaran dan penjualan Produk HQ adalah mengikuti terma dan syarat yang terkandung di dalam perjanjian ini dan seperti yang ditetapkan oleh HQ dari semasa ke semasa.

 

  • Setiap penjualan melalui platform E-dagang (Shopee, Lazada dll), pengedar wajib mempamerkan nombor ID dan menepati harga jualan yang ditetapkan oleh pihak HQ.

 

  • Pengedar akan memberi komitmen sepenuhnya dalam memasarkan, mempromosikan, mengedar dan menjual Produk HQ. Pengedar juga akan memastikan stok produknya sentiasa mencukupi di dalam simpanannya untuk tujuan pemasaran, promosi, pengedaran dan penjualan Produk HQ tersebut kepada orang awam.

 

  • Kos latihan, perjalanan, penginapan, makanan serta lain-lain kos perbelanjaan Pengedar semasa mengikuti latihan atau menjalankan aktiviti pemasaran, promosi, dan penjualan Produk HQ perlu ditanggung sendiri oleh Pengedar.

 

  • Pengedar hendaklah memastikan penjualan Produk HQ mengikut harga yang telah ditetapkan oleh HQ.

 

  • Pengedar mesti memastikan imej HQ dijaga dengan baik serta menjaga tata kerja dan etika yang ditetapkan oleh HQ setiap masa ketika melakukan aktiviti pemasaran, promosi, pengedaran, dan penjualan Produk HQ.

 

  • Pengedar akan mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh HQ berkaitan dengan perjanjian ini.

 

  • Pengedar akan menanggung rugi dan HQ bebas daripada apa-apa dan semua tuntutan, ganti rugi atau tindakan undang-undang (termasuk fi peguam) yang timbul daripada kecuaian atau perbuatan tidak senonoh (malfeasant acts) Pengedar atau salah nyataan atau pelanggaran sebarang obligasi di bawah perjanjian ini oleh Pengedar.

 

  • Memaklumkan dengan segera kepada HQ perkara-perkara berikut: –

 

  • Terdapat produk yang ditiru oleh pihak ketiga yang tiada kaitan dengan HQ;

 

  • Penyalahgunaan cap dagangan atau harta intelek yang lain milik HQ samada berkaitan dengan Produk HQ atau perihal HQ oleh mana-mana pihak;

 

  • Aduan pengguna atau orang awam terhadap Produk HQ; dan

 

  • Tidak menggunakan harga yang telah ditetapkan oleh HQ.

 

  1. PENGGUNAAN HARTA INTELEK HQ

 

  • Pengedar dilarang menggunakan harta intelek HQ seperti cap dagangan, hak cipta dan lain-lain dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis daripada HQ untuk tujuan selain daripada perjanjian ini.

 

  • Tidak ada apa-apa jua yang akan memberikan Pengedar apa-apa hak, hakmilik atau kepentingan dalam harta intelek HQ.

 

  • Pengedar dilarang untuk membantah atau menafikan hak eksklusif HQ atas harta intelak HQ semasa atau selepas Tempoh Perjanjian atau Tempoh Lanjutan.

 

  1. PENAMATAN PERJANJIAN

 

  • HQ berhak untuk menamatkan perjanjian ini sekiranya Pengedar didapati telah cuai, gagal, melanggari atau mengengkari mana-mana terma-terma atau syarat-syarat yang terkandung didalam perjanjian ini dengan memberi notis tidak kurang daripada tujuh (7) hari daripada tarikh perjanjian tersebut akan ditamatkan kepada Pengedar.

 

 

  • Pengedar hendaklah tidak membuat atau menyimpan apa-apa salinan bagi barang-barang atau maklumat-maklumat sulit HQ yang diamanahkan kepadanya oleh

 

  • Berkuatkuasa pada penamatan perjanjian ini, Pengedar hendaklah berhenti menggunakan harta intelek HQ.

 

  1. NOTIS

 

Apa-apa notis atau tuntutan yang perlu disampaikan oleh satu pihak ke pihak yang lain dibawah peruntukan perjanjian ini hendaklah secara bertulis dan dianggap telah dihantar secara sempurna seperti berikut: –

 

  • Jika penghantaran secara pos berdaftar atau secara serahan tangan, ianya dialamatkan ke alamat terakhir pihak penerima seperti dinyatakan di Jadual Pertama perjanjian ini; atau

 

  • Jika secara faks atau elektronikianya dihantar ke nombor terakhir faks atau nombor/alamat eletronik yang terakhir yang diketahui seperti dinyatakan di Jadual Pertama perjanjian ini.

 

 

  1. MASA

 

Masa dimana-mana sahaja dinyatakan di dalam perjanjian ini adalah dianggap sebagai intipati kepada perjanjian ini.

 

  1. PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG

 

  • Semua pertelingkahan, percanggahan dan perbedaan pendapat yang timbul di antara kedua-dua parti kepada perjanjian ini atau ketidakpatuhan dan penamatan perjanjian mestilah diselesaikan secara baik terlebih dahulu.

 

  • Mana-mana pertelingkahan, kontroversi atau perbedaan pendapat yang timbul daripada perjanjian ini atau mana-mana bahagiannya atau keengganan mana-mana pihak kepada perjanjian ini untuk melakukan keseluruhan atau sebahagian terma-terma dan syarat-syarat seperti termaktub di dalam perjanjian ini di mana tidak boleh diselesaikan secara perundingan bersama secara baik maka kedua-dua pihak kepada perjanjian ini bersetuju untuk merujuk pertelingkahan kontroversi atau perbedaan pendapat yang timbul kepada bidang kuasa mahkhamah Malaysia.

 

  1. LAIN-LAIN

 

Pengedar digalakkan menyertai kunjungan (roadshow) atau pameran (exhibition) yang diatur oleh HQ. Penyertaan atau kegagalan pengedar menyertai mana-mana kunjungan atau pameran yang diaturkan oleh HQ akan diambilkira ketika penilaian prestasi Pengedar dibuat oleh HQ.

 

  1. PEMAKAIAN PERJANJIAN INI

 

Perjanjian ini adalah meliputi segala perjanjian dan persetujuan di antara pihak-pihak yang tersebut di sini dan adalah dengan ini dipersetujui tiada apa-apa penambahan atau perubahan terhadap perjanjian ini boleh dilakukan kecuali dengan secara bertulis dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak kepada perjanjian ini.

 

 

  1. TAJUK DAN PEMAKAIANNYA

 

Tajuk kepada seksyen/ klausa di perenggan-perenggan yang terdapat pada perjanjian ini hanya untuk kemudahan dan tidak boleh diambil sebagai sebahagian daripada perjanjian ini.

 

 

  1. JADUAL

 

Semua lampiran dan jadual yang menjadi sebahagian daripada perjanjian ini hanya akan mempunyai kesan yang sama dengan semua terma dan syarat dalam perjanjian ini seolah-olah ia dinyatakan secara jelas dalam perjanjian ini.

 

  1. PENGASINGAN KLAUSA

 

Apa-apa terma, syarat, peruntukkan, waad atau akujanji yang terdapat di dalam perjanjian ini akan dikira menyalahi undang-undang, tidak sah, dilarang ataupun tidak boleh dikuatkuasakan menurut undang-undang Malaysia akan dikira sebagai tidak berkuatkuasa setakat pada penyalahan undang-undang, ketidaksahan, larangan ataupun tidak boleh dikuatkuasakan tersebut sahaja tanpa membatalkan terma-terma, syarat-syarat, peruntukan-peruntukan, waad-waad atau akujanji-akujanji yang lain yang terdapat di dalam perjanjian ini.

 

  1. KERJASAMA

 

Pengedar dalam setiap masa hendaklah memberi kerjasama kepada HQ dalam apa-apa hal semasa perjanjian ini berkuatkuasa.

 

  1. Kos

 

Pihak HQ tidak akan menanggung sebarang yuran dan apa-apa bentuk bayaran yang berkaitan dengan perjanjian ini (Duti setem/ yuran guaman dan lain-lain).

 

  1. KONTRAKTOR BEBAS

 

  • Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Pengedar adalah kontraktor bebas, dan tidak ada apa-apa yang terkandung di dalam perjanjian ini yang menyatakan bahawa:-

 

UNTUK MENYAKSIKAN PERKARA-PERKARA DIATAS HQ dan pengedar dengan ini menurunkan tandatangan pada hari, bulan dan tahun yang dinyatakan diatas.

 

Ditandatangani oleh MOMMYHANA CREATIVE SDN BHD            Disaksikan oleh

(No. Syarikat: 1273851-D) untuk dan bagi pihak:

 

 

­­­­___________________________________                    ­­­­­­­­­­­­­­   ______________________________

Nama:

Nama Saksi:

Jawatan:

No KP:

Cop syarikat:

 

Ditandatangani oleh untuk dan bagi pihak Pengedar                    Disaksikan oleh

Di hadapan

 

 

­­­­___________________________________                    ­­­­­­­­­­­­­­   ______________________________

Nama:

Nama Saksi:

Jawatan:

No KP:

Cop syarikat:

 

 

 

 

 

 

 

JADUAL PERTAMA

(“Maklumat Pengedar”)

Bil Perkara Butiran
1 Butiran Pengedar Nama:

 

No ID:

 

Alamat:

 

 

 

No tel:

 

No faks:

 

Alamat emel:

 

 

2 Tarikh Kuatkuasa  

 

 

 

 

JADUAL KEDUA

(“Produk HQ”)

 

Bil Produk Harga jualan
1. MY FIRST BOOK OMAR & HANA (BM-BI) SM : RM 89

SS : RM 95

2. NOSE CLEANER AUTOMATIC

 

SM : RM 109

SS : RM 115

3. DOUBLE FREESTYLE BREASTPUMP SM : RM 299

SS : RM 319

4. ISLAMIC AUDIO DEVICE SM : 98

SS : RM 104

5. BUKU ISLAMIK BERBUNYI (B.ARAB-BM) SM : RM 99

SS : RM 105

 

 

 

 

 

 

JADUAL KETIGA

(“Syarat Pembelian Ulangan Produk”)

 

  • Pembelian produk adalah mengikut kuantiti dan harga yang telah ditetapkan oleh HQ.

 

  • Membuat pembayaran penuh kepada HQ/ Leader/ mana-mana Pengedar yang diiktiraf oleh HQ.