SEMAKIN DIMARAH, MAKIN MEMBARAH. BAHAYA MARAH ANAK-ANAK BUAT SEL OTAK MEREKA YANG RAMAI IBUBAPA TIDAK TAHU
Sewaktu kita marah anak kita, perasan tak yang mereka bukannya menjadi semakin baik, malah semakin melawan pula. Kalau ya, maknanya anak anda dalam bahaya.
Begini,
Bila kita menghamburkan amarah terhadap anak, kita berada dalam keadaan yang kurang waras. Maknanya, emosi kita tidak berada dalam keadaan yang seimbang. Malah bila kita marah, kita juga sebenarnya telah mengagihkan emosi amarah itu terhadap anak kita.
Kesannya, emosi amarah anak semakin meningkat.
Kemarahan Akan Membunuh Sejuta Sel Anak!
Lebih menakutkan, jika kita meninggikan suara terhadap anak, ianya boleh membunuh lebih daripada sejuta sel otak kanak-kanak ketika itu juga. Ya, SEJUTA! Hasil kajian daripada Universiti Yogjakarta Indonesia ini juga mendedahkan bahawa jika tambahkan lagi dengan pukulan atau cubitan, maka akan lebih banyak lagi sel otak anak-anak kita akan mati pada waktu itu juga.
Sebaliknya jika kita hamburkan pujian buat anak, kita memeluk mereka dengan erat dan penuh kasih sayang, maka ianya akan membangunkan kecerdasan serta perkembangan otak anak kita.
Anda mahu pilih membunuh sel otak anak anda atau membantu perkembangan otak mereka?
Hasil kajian daripada pakar Lise Gliot, pakar neurosains dari Chicago Medical School menunjukkan bahawa suara yang hanya cenderung untuk marah hanya akan menjejaskan masalah kepada anak-anak yang berumur 2 hingga 3 tahun.
Beliau menjelaskan bahawa nada suara yang tinggi serta kemarahan yang keluar dari ibubapa akan merosakkan atau menggugurkan sel otak.
Semakin Dimarah, Semakin Membarah
Sewaktu kita sedang memarahi anak, anak sebenarnya akan meniru kemarahan diri kita. Rasa marah itu akan meresap masuk ke dalam jiwa mereka. Rasa marah akan menjadi sesuatu yang biasa bagi diri mereka. Mereka mudah rasa marah, memberontak, sukar mengendalikan diri dan suka menjerit-jerit.
Sebab itulah apabila semakin kerap kita marah anak kita, anak kita sebenarnya menjadi semakin degil. Kalau kita cubit anak, anak sudah tidak merasa sakit, atau buat-buat tahan tidak sakit.
Akhirnya, kita juga yang rasa tertekan.
Ketika kita sedang marah, anak akan meniru
Jadi, ubahlah marah anda kepada perkara lain.
Benar, anda marah anak anak kerana anda sayangkan mereka. Namun bagi anak-anak yang berada dalam usia emas atau ‘golden age’ iaitu pada umur 2-3 tahun, mereka pada ketika itu sedang membentuk emosi. Hati mereka sangat rapuh, terlalu rapuh. Sebagi ibubapa, kita perlu menguatkan emosi mereka dengan kasih sayang serta pelukan yang hangat.
Boleh kan.
Solusi Bagi Anak
Jika anak kita memberontak, cuba kita alihkan perhatian mereka. Anak-anak sebenarnya mudah tertarik dengan sesuatu yang berbunyi dan boleh dipegang.
Memahami masalah ibubapa, kami di MommyHana ada mengeluarkan beberapa produk yang mampu menarik perhatian anak-anak.
Anak yang marah terus hilang marahnya.
Anak yang memberontak terus hilang pemberontakannya.
Anak yang menangis terus hilang air matanya.
Mana tidaknya, anak mana yang tidak suka dengan buku yang boleh mengeluarkan bunyi, kan?
Alhamdulillah, terlalu ramai ibubapa di luar sana yang telah menggunakannya. Mereka sangat berpuas hati. Paling penting, anak-anak dapat belajar sambal bermain.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk MommyHana ini, boleh klik di sini ya: