Umum sedia tahu bahawa ketika ini ramai orang berpusu-pusu untuk menghulurkan bantuan. Sikap tersebut sememangnya bagus kerana sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan, memang ada diatara rakyat Malaysia yang terjejas pendapatannya.
Dalam pada itu juga, masih ada insan yang kekurangan maklumat berkaita bantuan yang bakal disalurkan kerana tidak mempunyai akses perhubungan terutamanya mereka yang tinggal di pedalaman dan juga sudah berumur.
Hidupdaif sebatang kara
Dalam perkongsian seorang pengguna Facebook, dia telah berkongsi kisah seorang lelaki warga emas yang tinggal bersendirian di rumah usang mengharapkan bantuan untuk meneruskan hidup.
Hanya ada basikal usang sahaja
Tambah pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mrsz Sue, pakcik tersebut hidup begitu daif dengan tiada kelengkapan dapur, air dan cuma mempunyai sebuah basikal usang.
Hidup daif sebatang kara
Walau bagaimanapun, setakat ini sudah ada beberapa pihak yang bermurah hati untuk membantu pakcik tersebut. Ada juga yang membelikan sebuah basikal baru untuknya bagi kegunaan harian.
Dia yang tinggal sebatang kara di sebuah pondok usang di kawasan Kampung Chepor terlihat sudah uzur dan begitu daif.
Sudah ramai yang tampil membantu
Menerusi perkongsian sumber di Facebooknya lagi, lelaki yang dikenali sebagai Pakcik Rahman ini sudah pun dibantu oleh sesetengah pihak setelah kisahnya viral di media sosial.
Sumber : Mrsz Sue