Siapa tidak kenal Ustazah Shadiya Abbas yang terkenal sebagai pendakwah dan sentiasa aktif melakukan program-program amal bersama suaminya. Namun pemergiannya secara mengejut jam 5.05 pagi (5 April) benar-benar dirasai oleh semua.
Menerusi perkongsian di Facebook suami arwah, Ustaz MK Azman, beliau memaklumkan jenazah arwah kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk beberapa prosedur sebelum ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan.
Meninggal sebab sesak nafas
Innalillahi wainna ilahi rojiun..
Dukacita dimaklumkan isteri kesayanganku Shadiya Abbas baru disahkan telah meninggal dunia jam 5.05am sbb sesak nafas (asma).
Terpaksa buat ujian Covid untuk pastikan positif atau tidak
“Berat hati nak meninggalkan guru, teman, buah hati saya di Hospital Sungai Buloh ini. Oleh kerana kematian musim Covid, pihak hospital terpaksa buat ujian sama ada arwah buah hati saya positif atau tidak. Saya perlu tunggu 24 jam untuk dapatkan result tersebut, bermakna esok bagi jenazah akan ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan.
Jadi jenazah akan disimpan dahulu di Hospital Sungai Buloh. Insya Allah saya kuat kecuali jika anda call saya. Doakan yea sahabat² sekalian..