Salah satu cabaran untuk ibu-ibu selain kepadatan masa untuk mengurus rumah tangga adalah kepayahan untuk memikirkan menu sesuai bagi anak-anak. Tambahan lagi kalau si anak cerewet atau langsung tak mahu makan sayur. Apa kata guna trick Pari Malar Thoraisingam menggoreng kobis bunga sehingga menjadi snek enak. Tak sangka rupanya sayur!
Bahan-bahannya:
Serbuk cili
Serbuk kunyit
Serbuk ketumbar
8 sudu tepung jagung
6 sudu tepung beras
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-Caranya:
Potongkan kobis bunga kecil-kecil & lumurkan serbuk cili
Lumurkan serbuk kunyit dan serbuk ketumbar
Campurkan bahan-bahan selebihnya.
Panaskan minyak & Goreng
Tadaa!!! Dah siap
Serius sangat sedap! Dah rasa sekali mesti ketagih punya. Buat kudap-kudap dengan family depan TV best gile.
Sumber: Pari Malar Thoraisingam