UJIAN berat buat kanak-kanak berusia dua tahun apabila adik Muhammad Fateh Aqil Mohd Nazmee menjadi mangsa termuda positif Covid-19 di Kelantan. Yang lagi sedih kerana beliau juga menghidap kanser darah. Ya Allah sayu hati melihat ujian yang besar ni terjadi pada kanak-kanak seawal usia begini. Adik Muhammad Fateh Aqil Mohd Nazmee dijangkiti melalui keluarganya.
Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona) menerusi Facebook, semalam.
“Fateh, penghidap leukemia sepatutnya menjalani kitaran kimoterapinya mengikut jadual di HUSM Kubang Kerian, namun ujian darah yang dilakukan mendapati dia dijangkiti Covid-19.
“Mohon didoakan agar anakanda Fateh sembuh dan dapat meneruskan perjuangannya,” katanya.
Sekarang dia dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.
Semoga adik kuat melawan virus covid-19.