Ramadhan bakal mendatang,
Sedar tak sedar sebenarnya banyak kita belajar di sepanjang tempoh PKP ini sebagai persediaan untuk menghadapi Ramadhan 1441H / 2020, yang saya kira amat unik dan istimewa.
Di sini 8 NILAI PENTING yang kita boleh bawa/teruskan sebagai persediaan Ramadhan nanti:-
.
1. Kita Lebih Banyak berSABAR.
Duduk di rumah atau kerja dari rumah, dan pergerakan terhad banyak mengajar kita untuk sabar lebih tinggi.
Bersabar dengan kerenah anak, bersabar dan toleransi dengan tuntutan majikan/kerja, persekitaran, orang lain, sistem dan suasana semasa.
Manisnya, kelak Ramadhan nanti kesabaran kita akan diteruskan malah steady aja. 😊😊😊
.
2. Kita Lebih KREATIF dalam Problem Solving Harian Kita
Hatta memasak pun kita mula pandai berkreatif dan buat macam-macam benda baru. Atau strategi agar tak penat memasak dan dalam masa sama anak juga tak lapar. Tak masuk lagi dengan aktiviti bersama anak-anak, susun atur perabot rumah untuk aktiviti fizikal anak dan penyelesaian konflik suami isteri, konflik anak-anak dan konflik anak-ibu-ayah.
Kreativiti ini akan memudahkan kita kelak dalam penyusunan menu, bajet kewangan dan aktiviti semasa Ramadhan nanti.😍
.
3. Kita Lebih PANDAI MEMILIH YANG BETUL DAN TEPAT dari sumber yang benar.
Kita banyak dihidangkan dengan berita yang berkemungkinan sia-sia, viral dan isu semasa yang buatkan kita mula tahu kepentingan memilih sumber maklumat yang tepat/ sohih dan sah.
Maka memilih untuk membaca, mendengar perkara yang baik dan betul juga boleh diteruskan semasa Ramadhan kerana semua anggota badan amat dititikberatkan dan dipertanggungjawabkan dalam latihan diri dan kepada anak-anak kelak.😃
.
4. Kita Lebih BIJAK dalam PENGURUSAN MASA, iaitu menyusun atur aktiviti bermanfaat sebaiknya.
Masa amat banyak sebenarnya. Sehinggakan kita digalakkan untuk buat aktiviti bermanfaat, bersenam dan tidak membazir masa. Dahulu tak sempat menanam sayur mungkin kini mula menanam sayur di pasu. Dahulu tak sempat memasak, banyak makan di luar atau beli, kini kita mula memasak dan menyusun aktiviti untuk dihabiskan dengan sebaiknya.
Jadi kita akan teruskan melakukan aktiviti bermanfaat semasa Ramadhan nanti termasuk menghabiskan bacaan Quran kita. ☺️
.
5. Kita Juga Lebih Pandai MEMBUAT BAJETING KEWANGAN Bila Memikirkan Cabaran Ekonomi Masa Depan
Secara tidak langsung ujian pandemik Covid-19 ini dan tempoh PKP banyak mengajar kita erti berjimat cermat, membuat bajeting, dan perancangan awal bagi perbelanjaan keluarga. Ia sangat baik diteruskan sampai bila-bila sekali pun. 😍
.
6. Kita Lebih DEKAT DENGAN KELUARGA yang kita in charge iaitu anak dan pasangan dan mungkin keluarga luas yang duduk serumah.
Jika dahulu kita sub anak pada pengasuh, taska atau sekolah kan, kini sepenuhnya kitalah pengasuh, kitalah guru, dan kitalah pembimbing rakan sebaya atau rakan cilik si anak untuk bermain bersama atau buat kerja sekolah bersama.
Kita juga lebih kenal anak sebenarnya sebab banyak masa selama ni anak di luar rumah dengan orang lain, maka peluang ini boleh digunakan untuk lebih mendekati anak, menambah bonding kerapatan dengan mereka dan membimbing mereka dalam aspek tertentu seperti mungkin latih toilet training, latih solat lengkap, fokus kepada minat/passion mereka dsb.
Nanti tak kekok lah kita untuk buat aktiviti homeschooling Ramadhan dengan anak-anak. 🤩
.
7. Kita Telah HIDUPKAN RUMAH KITA SENDIRI, sekaligus menguatkan satu sistem organisasi terkecil, iaitu institusi keluarga kita sebagai sebahagian dari NEGARA.
Jika dulu tak sempat nak solat jemaah, kini kita ada masa dan ruang untuk solat jemaah dalam rumah sendiri sehingga 5 kali waktu solat fardhu pun.
Dahulu rumah sunyi dan mengemop tidak 3-4 kali sehari, kini lebih kerap kita membelai dan membelek rumah kita.
Nanti tak kekoklah kita bila nak imarahkan rumah dengan solat terawikh di rumah sendiri pula. 🥰
.
8. Kita Telah Menjadikan SUAMI/BAPA sebagai KETUA KELUARGA Yang Berperanan Penting Untuk Menjaga Keselamatan Kita dan Wakil Keluar Membeli Barang
Maka lebih tinggi hormat kepada kaum bapa, dan suami/bapa main peranan lebih untuk aktiviti luar (makro) dan isteri/ibu di rumah (mikro). Kembali seperti zaman dahulukala. Nanti senanglah ketua keluarga kita nak jadi imam masa solat terawikh nanti.
.
Apapun syukur dan besarkan kegembiraan kecil-kecil agar lebih nikmat akan dirasai. 😊😊😊