Anda mungkin tertanya-tanya, apakah kesan penggunaan gajet kepada anak-anak anda?
Tidak dapat dinafikan gajet boleh menjadi satu bentuk hiburan untuk anak-anak dengan pelbagai pilihan permainan video dan juga video-video di platform seperti YouTube.
Namun, Ibu bapa disarankan untuk mengawal penggunaan gajet anak-anak pada awal usia mereka.
Dalam artikel ini, anda akan mengetahui kesan penggunaan gajet kepada kanak-kanak dan juga alternatif yang lebih baik untuk anak-anak anda.
Perlu ke Bagi Gajet Untuk Anak?
Seiring dengan perkembangan teknologi, gajet kini lebih menjadi pilihan kanak-kanak untuk dijadikan sebagai alat untuk melakukan aktiviti harian mereka.
Ibu bapa yang mendedahkan anak-anak mereka kepada gajet ini sememangnya mempunyai alasannya tersendiri.
Antaranya adalah untuk mengawal pergerakan anak dan menghindari anak daripada menangis.
Penggunaan gajet ini semestinya ada baik dan buruknya.
Kebaikan Penggunaan Gajet
- Meningkatkan Kemahiran Berbahasa Inggeris
Kebanyakan video yang ditonton oleh kanak-kanak pada masa kini adalah dalam bahasa Inggeris.
Jadi, ini secara tidak langsung dapat membantu anak-anak memperbaiki kemahiran bahasa Inggeris.
Bukan sahaja pertuturan, malah penulisan juga dapat ditingkatkan.
- Mengenal Budaya Luar
Dalam video yang ditonton oleh kanak-kanak tersebut akan adanya budaya luar. Ini akan memberi maklumat ataupun pengetahuan yang baharu kepada kanak-kanak.
- Mudah Faham
Kanak-kanak akan mudah faham sekiranya mereka belajar dengan adanya video dan imej.
Jika belajar tanpa video dan imej, kanak-kanak berkemungkinan besar akan mengambil sedikit masa untuk memahami bahan pembelajaran.
Selain itu, gajet ini juga dapat membantu perkembangan intelektual dan pemahaman kanak-kanak.
- Kemahiran Motor
Selain daripada pembelajaran, kemahiran motor juga akan menjadi satu kebaikan yang akan diperolehi oleh kanak-kanak.
Keburukan Penggunaan Gajet Kepada Kanak-Kanak
- Ideologi Buruk
Video dan juga permainan video yang dimainkan oleh kanak-kanak mungkin mengandungi unsur negatif dan unsur yang agresif.
Kanak-kanak dalam proses perkembangan intelektual akan sedikit terganggu sekiranya unsur-unsur sebegini tidak dikawal oleh ibu bapa.
- Kanak-Kanak Menjadi Pasif
Penggunaan gajet ini sedikit sebanyak dapat mempengaruhi daya aktif kanak-kanak. Hal ini kerana mereka kurang bergaul dengan orang sekeliling.
Perkembangan kognitif kanak-kanak dan juga sosial mereka akan terbantut kerana kurangnya pendedahan dengan dunia luar.
Disebabkan oleh kurangkan sosial dengan orang sekeliling, kemahiran komunikasi juga akan terbantut. Ini disebabkan dengan selalu bersama gajet.
Kanak-kanak akan lebih gemar untuk menyendiri dan juga berada dalam keadaan diam apabila berada dalam suasan orang ramai. Mereka memilih untuk berinteraksi dengan gajet.
- Tidak Boleh Berdikari
Kurangnya pendedahan dengan orang luar mahupun dengan dunia luar akan mengganggu kemahiran kanak-kanak.
Kanak-kanak akan lebih bergantung kepada gajet untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang dihadapi.
- Masalah Penglihatan
Penggunaan gajet secara berlebihan boleh menyebabkan berlakunya masalah penglihatan kepada kanak-kanak.
Ini adalah kerana mereka terdedah kepada sinaran cahaya yang berlebihan.
- Hilang Fokus
Penggunaan gajet secara tidak terkawal akan menyebabkan pembelajaran kanak-kanak terganggu.
- Kurang Tidur
Ketagihan menggunakan gajet ini haruslah ditangani dengan lebih awal kerana amalan ini akan mengganggu masa tidur kanak-kanak.
Ada kanak-kanak yang akan memberontak sekiranya ibu bapa mereka tidak memberikan gajet sebelum tidur, ada juga ibu bapa yang menggunakan gajet untuk menidurkan anak-anak.
Cara ini haruslah dielakkan oleh para ibu bapa demi kesihatan kanak-kanak.
- Masalah Postur Badan
Kanak-kanak yang sentiasa bersama gajet berkemungkinan akan menghadapai masalah sakit belakang.
Ini akan berlaku sekiranya kedudukan badan mereka yang tidak betul semasa menggunakan gajet.
Tambahan pula, dengan kurangnya aktiviti senaman juga akan menyebabkan badan kanak-kanak menjadi keras. Keadaan ini mudah untuk memberi kesakitan badan.
- Tantrum
Tantrum ini adalah keadaan di mana kanak-kanak akan menjadi agresif apabila tidak dapat apa yang mereka ingini.
Contohnya, mereka akan memberontak apabila tidak dapat menggunakan gajet.
Kesan penggunaan gajet kepada kanak-kanak ini agak merisaukan.
Kesimpulannya, setiap tindakan yang kanak-kanak lakukan hendaklah diperhatikan oleh ibu bapa.
Gajet ini boleh memberi kebaikan, tetapi perlu ingat, gajet juga boleh memberi kesan buruk kepada kanak-kanak. Oleh itu, semuanya bermula di rumah. Jadi ibu bapa haruslah peka.
Alternatif Lebih Baik
Jika anda sedang alternatif yang sesuai untuk anak-anak, anda boleh tengok katalog Mommy Hana, memang banyak pilihan yang pasti boleh buat anak-anak senyum lebar.
Antaranya:
- My First Book MommyHana
My First Book ini merupakan antara buku cerita kanak-kanak yang terbaik. Buku cerita ini berkolaborasi dengan Omar dan Hana. Kartun ini sememangnya sangat rapat dengan kanak-kanak.
Buku ini merupakan buku yang dihasilkan oleh Mommy Hana. Mommy Hana ini menyediakan buku yang sangat sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak pada masa kini.
Kanak-kanak akan lebih berminat untuk membaca buku dengan adanya buku seperti ini. Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada buku ini.
Antara kandungan dalam My First Book ini adalah kanak-kanak dapat didedahkan dengan Huruf Hijaiyah iaitu Alif, Ba, Ta dan juga ABC.
Ibu bapa dapat menggunakan buku ini sebagai pertolongan mereka untuk membantu anak-anak yang terlalu terdedah dengan gajet. My First Book mempunyai tarikan yang tersendiri untuk menarik minat kanak-kanak.
Buku ini juga dapat stimulasi lakuan motor kanak-kanak daripada sentuhan hingga ke pergerakan, penglihatan dan pendengaran. Buku ini mengandungi tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
My First Book ini amat sesuai untuk anak-anak yang berusia 3 bulan hingga 8 tahun. Buku ini dapat membantu mereka untuk belajar dengan mudah dan pantas.
- Islamic Audio Device
Seterusnya, anda juga boleh menghadiahkan Islamic Audio Device. Ini adalah alat yang bagus untuk ibu bapa yang ingin mengembangkan sisi holistik anak mereka.
Peranti audio ini akan memainkan pelbagai surah yang dibacakan oleh Ustaz Muzammil Hasballah.
Peranti interaktif ini dapat membantu anak anda belajar dan menghafal pelbagai surah yang akan bermanfaat bagi mereka di masa depan.
- My Islamic Book + 4 Magic Book
Sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, buku interaktif ini disertakan dengan pengetahuan asas dan pengenalan kepada pengetahuan Pendidikan Islam.
Antara topik menarik didalamnnya adalah :-
- Huruf Hijaiyah
- Mari Mengenal Al-Quran
- Ayat Kursi dan 4 Qul
- Rukun Islam & Rukun Iman
- 13 Rukun Solat
- Cara-cara Berwudu’
- Niat Solat 5 Waktu
- Pergerakan dan Bacaan dalam Solat
- Niat Solat Sunat
- Doa Harian
- Nama-nama Malaikat dan Tugaznya
- 25 Nama Rasul
- Kenali Nabi Kita
- Bulan-bulan dalam Islam
- Aurat Lelaki dan Perempuan
- Adab
- Haiwan dalam Al-Quran
- Buah-buahan dalam Al-Quran dan Sukan Sunnah
Jika anda membeli My Islamic Book, anda juga akan dapat 4 Magic Book percuma.