8 Buku Cerita Kanak-kanak Terbaik (Pasti Anak-Anak Suka)
Buku cerita kanak-kanak merupakan salah satu bahan yang sangat penting dalam tumbesaran kanak-kanak. Buku ini dapat memupuk minat mereka terhadap membaca buku.
Setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak mereka menimba ilmu pengetahuan sejak kecil lagi. Disebabkan itu, kebanyakan buku yang dipasarkan mengetengahkan gambar yang berwarna warni untuk menarik minat kanak-kanak untuk membaca.
Dalam artikel ini, anda akan mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan buku cerita kanak-kanak serta beberapa buah buku cerita yang menarik untuk dibaca.
Kelebihan Buku Cerita Kanak-Kanak
- Meningkatkan Perbendaharaan Kata Kanak-Kanak
Membaca buku cerita ini dapat memberi kesan baik kepada kanak-kanak iaitu memperoleh perbendaharaan kata yang baru. Ini berlaku apabila kanak-kanak mula membaca dan menerokai perkataan baru.
Kanak-kanak mungkin tidak tahu maksud perkataan tersebut dan akan bertanya kepada ibu bapa mereka. Ini akan menjadi pembelajaran secara langsung kepada mereka.
Kanak-kanak yang diajar membaca dari awal akan mempunyai lebih banyak perbendaharaan kata. Ini akan membezakan dengan kanak-kanak yang belum diajar membaca. Mereka hanya memperoleh perkataan daripada sekeliling mereka sahaja.
Semakin banyak perkataan yang dipelajari mahupun didengari, semakin baik kemahiran bahasa mereka. Mereka akan semakin fasih bercakap.
Ini disebabkan oleh otak mereka yang sudah biasa dirangsang dengan perkataan-perkataan.
- Membantu Mengurus Emosi
Semasa melalui aktiviti membaca mahupun mendengar cerita disampaikan, emosi kanak-kanak dapat diproses dan dapat diekspresikan.
Melalui membaca dan mendengar, mereka akan fokus dengan cerita tersebut. Mereka akan tahu bagaimana karakter cerita tersebut meluahkan perasaan seperti gembira, sedih dan marah.
Ini akan menyebabkan kanak-kanak dapat mengikut apa yang dilakukan berdasarkan cerita. Kanak-kanak yang bijak dapat meluahkan perasaan melalui pembacaan buku tersebut.
- Membantu Proses Pertuturan
Aktiviti membaca dapat merangsang otak kanak-kanak. Semasa mereka membaca, kanak-kanak akan mengumpul perkataan baru dan akan memproses perkataan tersebut untuk menjadikan sebuah ayat.
Melalui aktiviti membaca ini juga akan tahu bagaimana hendak menggunakan intonasi dengan betul, menyebut perkataan dengan betul dan susun ayat dengan betul.
Jika diperhatikan, kanak-kanak yang sudah boleh membaca cenderung untuk bercakap dengan cepat dan boleh meluahkan keinginan mereka.
- Meningkatkan Kemahiran Berfikir
Cerita kanak-kanak seperti cerita haiwan dapat memberikan banyak cara kanak-kanak untuk mengamalkan kemahiran berfikir.
Mereka akan cuba membayangkan situasi yang berlaku sama seperti dalam buku tersebut dan cuba untuk memahami cerita itu.
Perkataan yang diterima oleh kanak-kanak ini boleh dijadikan sebagai maklumat yang boleh dikembangkan sisi kreatif otak mereka. Ini akan menyebabkan kanak-kanak lebih kreatif.
- Melatih Tindak Balas Kanak-Kanak
Tindak balas kanak-kanak amatlah diperlukan untuk mengetahui sama ada mereka dirangsang ataupun tidak. Kanak-kanak biasanya akan menunjukkan ekspresi mereka apabila mendengar cerita.
Itu adalah salah satu tindak balas yang diinginkan. Sekiranya ada cerita jenaka, maka kanak-kanak akan ketawa. Sekiranya cerita tersebut sedih, maka riak wajah mereka akan sedih.
8 Buku Cerita Kanak-kanak Terbaik
Berikut merupakan antara buku cerita kanak-kanak yang terbaik:
- My First Book
My First Book ini merupakan antara buku cerita kanak-kanak hasil kolaborasi dengan Omar dan Hana dengan Mommy Hana. Kartun ini sememangnya sangat rapat dengan kanak-kanak.
Dengan adanya kartun ini, kanak-kanak akan lebih berminat untuk membaca dan belajar banyak perkara.
Antara kandungan dalam My First Book ini adalah kanak-kanak dapat didedahkan dengan Huruf Hijaiyah iaitu Alif, Ba, Ta dan juga ABC.
Buku ini juga dapat membantu ibu bapa yang ingin mengurangkan ketagihan menggunakan gajet oleh anak-anak.
Buku ini juga dapat meningkatkan kemahiran saraf motor kanak-kanak melalui sentuhan, pergerakan, penglihatan dan pendengaran. Buku ini mengandungi tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Buku ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 3 bulan ke 8 tahun.
- Love You Forever
Buku yang mengisahkan tentang kasih sayang seorang ibu yang tiada batasan di setiap peringkat usia anak.
Cerita ini menceritakan ibu menjaga anaknya sehingga anaknya menjaganya kembali.
- Ten Little Fingers and Ten Little Toes
Cerita ini menceritakan tentang keindahan seorang bayi. Cerita ini turut dikukuhkan dengan ilustrasi yang menghidupkan cerita ini.
- Charlotte’s Web
Cerita ini mengisahkan kisah persahabatan antara seorang budak perempuan dengan haiwan peliharaannya bernama Charlotte. Nilai yang dipupuk adalah kasih sayang dan survival.
- Corduroy
Buku ini amat sesuai untuk bayi. Buku ini menceritakan tentang seekor beruang mainan yang bernama Corduroy.
Beruang tersebut ada misi untuk mencari butangnya kembali. Nilai kasih sayang dan menerima dippuk dalam buku ni.
- Knuffle Bunny Free
Trixie dan keluarga melawat datuk dan neneknya di Belanda. Tetapi sebaliknya, patung arnabnya mempunyai perancangan lain.
Buku ini dapat menarik minat kanak-kanak dengan nilai kasih sayang tiada batas yang dipupuk.
- City Dog, Country Dog
Cerita ini mengisahkan dua ekor haiwan yang berbeza dari segi latar belakang yang bertemu. Mereka berkongsi masa untuk main bersama.
Nilai persahabatan yang tidak mengira perbezaan menjadi nilai yang penting dalam cerita ini.
- Rosie Revere, Engineer
Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang bercita-cita tinggi untuk membantu makcik yang ingin terbang. Dia seorang yang pemalu tetapi kreatif.
Buku ini menggalakkan kanak-kanak untuk tidak berputus asa seperti mana yang dilakukan oleh Rosie.
Kesimpulannya, membaca merupakan budaya yang mulia. Membaca ini haruslah diterapkan dalam diri kanak-kanak ketika mereka usia kecil lagi.
Membaca ini dapat memberi banyak faedah kepada kanak-kanak. Tidak kira waktu sama ada sekarang atau masa hadapan kelak.
Jika anda mencari keperluan untuk mendidik anak dalam membaca, klik laman web ini untuk mendapatkan keperluan tersebut.
Bahan yang ada amatlah dapat membantu anak-anak untuk berlatih membaca.
Dapatkannya sekarang di website MommyHana