Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia. Bandar yang terbesar di Malaysia ini mempunyai tempat yang sangat menarik untuk dilawati, tidak kira kanak-kanak, ibu bapa mahupun orang dewasa. Pusat membeli belah, taman tema air, hotel lima bintang, bangunan pencakar langit, semuanya ada di Kuala Lumpur.
Sebenarnya terlalu banyak sangat tempat yang menarik ini juga membuatkan kita sebagai ibu bapa menjadi pening kepala untuk membawa tempat yang sesuai dibawa bersama anak, lebih-lebih lagi buat mereka yang datang jauh melancong ke Kuala Lumpur. Pastinya tidak sempat untuk pergi bercuti ke semua tempat yang menarik di Kuala Lumpur dalam tempoh dua atau tiga hari.
Jadi di sini, kami ingin kongsikan 10 tempat yang menarik untuk dilawati bersama anak di Kuala Lumpur:
1. Farm In The City
Sumber gambar: https://www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia/photos/a.257873157659702/688172767963070
Alamat: Earthly Treasures, Lot 32537, Jln Atmosphere Utama 2, 43300 Seri Kembangan, Selangor
2. AQUARIA KLCC
Alamat : Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur Petrosains.
Harga Tiket :
- Kanak-kanak MyKID : RM39, Biasa : RM59
- Dewasa MyKAD : RM49, Biasa : RM69
- Warga Emas MyKAD : RM39, Biasa : RM49
Waktu Operasi :
- Setiap Hari (10 am – 8 pm)
3. PETROSAINS KLCC
Sumber gambar: https://travel-brrr.myshopify.com/blogs/news/gambar-di-petrosains-science-discovery-centre
Satu lagi tempat yang menarik untuk dilawati di KLCC juga ialah Petrosains. Ianya terletak betul-betul di dalam bangunan KLCC, lebih tepat lagi di Suria KLCC. Walaupun dilihat kecil dari luar, namun sebenarnya Petrosains ini sangat luar untuk diterokai. Harga tiketnya sangat berbaloi dengan kepuasan yang bakal kita perolehi. Sungguh!
Banyak perkara yang anak-anak kita boleh pelajari di sini. Yang lebih penting, pembelajaran secara santai dan sangat menyeronokkan.
Harga Tiket :
HARGA | CAJ DENGAN MYKAD | CAJ TANPA MYKAD |
---|---|---|
Child (2 tahun & ke bawah) | Percuma | |
Kanak-kanak (3-12 tahun) | RM8.00 | RM18.00 |
Dewasa (13-60 tahun) | RM20.00 | RM30.00 |
Warga Emas (61 tahun & ke atas) | RM10.00 | RM15.00 |
Waktu Operasi
Selasa – Khamis
- 9.30 am – 5.30 pm
- Last Admission : 4pm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
- 9.30 am – 6.30 om
- Last admission : 5.00 pm
Isnin
Tutup (kecuali jika jatuh pada cuti sekolah dan Cuti Umum)
4. 99 WONDERLAND PARK
5. KIDZANIA
Bebaskan imaginasi kanak-kanak dengan dunia impian pekerjaan mereka di Kidzania. Di sini, ianya seperti dunia yang sebenar. Bezanya, semuanya dipenuhi dengan kanak-kanak! Anak-anak anda boleh menjadi apa sahaja; juruterbang, bomba, polis, doktor, pegawai bank, atau apa sahaja.
Di sini, anak anda boleh pelajari pekerjaan sebenar, malah mereka dapat merasai kesusahan mendapatkan wang, kerana di sini kanak-kanak turut diberi wang berdasarkan pekerjaan mereka.
Memang satu tempat yang sangat seronok, lagi-lagi tempat seperti ini hanya ada satu sahaja di Malaysia (setakat ini), iaitu di Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari website Kidzania:
https://www.kidzania.com.my/about
6. Taman Botani Perdana
7. ZOO NEGARA