Penat? Siapa yang tak pernah penat? Semua orang pernah penat. Apa yang berbeza ialah tahap penat itu sendiri. Ada orang yang sekadar penat, ada yang memang betul-betul penat. Dia punya penat tu sampai jadi malas seharian suntuk. Rasa mahu berehat dan berbaring saja di rumah.
Anda pernah rasai penat yang sebegitu?
Kalau pernah rasainya, pernah tak anda fikirkan kenapa anda rasa cepat penat? Kenapa?
Kalau penat biasa tu, tak apalah juga. Masalahnya kita rasa cepat penat, cepat mengah. Baru buat kerja sikit, dah rasa penat macam buat kerja terlalu lama.
Di sini, kami kongsikan antara 5 faktor utama yang menyebabkan kita cepat penat.
1. Tak Cukup Tidur
Manusia bias memerlukan tidur antara 7 ke 8 jam sehari. Tidur amat penting agar tubuh dapat rehat yang secukupnya. Jika kita tidak mendapat waktu tidur yang secukupnya, bermakna tubh tidak mendapat ‘waktu caj’ yang penuh. Boleh bayangkan handphone anda yang hampir habis bateri, kemudian anda pula caj dalam tempoh yang singkat sahaja. Adakah bateri handphone itu mampu bertahan lama? Pastilah tidak!
Begitulah juga dengan tubuh kita.
Jika kita tidak caj tubuh kita dengan waktu tidur yang secukupnya, maka sebab itulah tubuh akan menjadi lebih cepat penat.
Jadi, pastikan anda dapat tidur yang secukupnya ya akan tidak cepat penat.
2. Kurang Bersenam
Memang pun kalau kita terlebih bersenam, tubuh akan cepat penat. Tapi sebenarnya, kalau kita tak pernah bersenam pun, tubuh turut akan cepat penat. Kenapa cepat penat? Sebab kita tak pernah paksa tubuh kita untuk lakukan sesuatu aktiviti yang berat. Kita terlalu manjakan sangat tubuh kita. Akibatnya, bila kita terbuat kerja lebih sikit, mulalah kita rasa penat sangat. Walhal kerja lebih yang kita buat tu sebenarnya tidaklah terlalu berat sangat di mata orang lain pun.
Jadi, pastikan anda bersenam juga, paling kurang dua kali seminggu.
3. Tidak Bersarapan
Sarapan sangat penting dalam struktur makanan seharian. Tidak mengambil makan tengahari atau makan petang, masih ok lagi. Namun jika anda mulakan hari tanpa bersarapan, anda akan dapati diri anda akan cepat penat. Kenapa cepat penat? Kerana tubuh anda tiada tenaga yang mampu meresap dan mepertahankan aktiviti seharian anda.
Jadi, jangan sesekali miss sarapan anda ya!
4. Terlebih Makan
Kalau tidak bersarapan boleh menyebabkan kita cepat penat, terlebih makan pun boleh menyebabkan kita cepat penat. Kenapa? Kerana kita telah memaksa tubuh badan kita terutamaya perut dan usus untuk bekerja dengan lebih keras. Makanan yang berlebihan berada di dalam badan kita perlu dicerna. Tugasan itu bukannya mudah, malah memerlukan tenaga yang bukannya sedikit. Kalaulah tenaga itu telah dikerahkan untuk tugasan tersebut, maka berapalah baki yang tinggal pula untuk tugasan seharian.
Sebab itulah kita menjadi cepat penat bila kita terlebih makan.
Jadi, janganlah terlebih makan pula ya.
5. Kesan Selepas Jangkitan Covid-19
Ramai yang pulih daripada wabak Covid-19, namun mereka alami kesan sampingan yang lain pula. Benar, mereka bebas sepenuhnya daripada pendemik ini, namun kesan daripada Covid ini masih tetap mereka rasainya lagi walaupun tubuh telah sihat sepenuhnya.
Antara kesan sampingan yang sering dialami oleh mereka yang pernah dijangkiti Covid ialah mereka cepat merasa penat. Betul kan?
Walaupun mungkin sebelum ini mereka sangat aktif bersukan, namun selepas dijangkiti Covid, mereka dapat rasakan yang stamina mereka tidak seperti dulu.
Mereka yang pernah diserang Covid pasti sangat memahaminya.
Ikhtiar Segala Duka
MommyHana sangat memahami masalah yang melanda kebanyakan rakyat Malaysia sekarang ini, lebih-lebih lagi buat mereka yang pernah diserang Covid-19. Nak tak nak, kita perlu hidup bersama wabak yang amat mudah dijangkiti ini.
Semestinya kita perlulah menguatkan imun badan diri, pasangan dan keluarga.
Menyedari masalah ini, MommyHana telah menghasilkan Emmune, makanan tambahan yang sangat bagus untuk badan, yang sangat baik untuk kesihatan diri.
Emmune didatangkan dalam dua bentuk, dewasa dan kanak-kanak. Juga mempunyai Vita C yang mampu menyempurnakan kesihatan tubuh badan sekeluarga.
Bagi ibu bapa yang berminat atau ingin tahu lebih lanjut tentang Emmune dari MommyHana ini, boleh ketahuinya di sini ya:
https://mommyhana.team/13786/category/32