Harimau Malaya adalah salah seekor spesis haiwan teracam. Bahkan populasi Harimau Malaya atau Panthera Tigris Jacksoni di hutan negara kini dilapor berjumlah kurang daripada 150 ekor. Jika tidak dibuat tindakan segera, bila-bila masa sahaja negara boleh kehilangan haiwan yang menjadi kebanggaan negara kita ini, sama seperti negara Singapura yang telah kehilangan harimau pada tahun 1930 dan Hong Kong yang telah mengalami kepupusan haiwan tersebut di sana pada tahun 1940.
Di sebalik kegagahan haiwan yang turut digelar sebagai raja rimba ini, terdapat banyak kisah dongeng, mistik serta mitos yang terkait dengan pak belang ini.
Di sini kami kongsikan 4 mitos tentang Harimau Malaya yang mungkin orang kita sendiri tidak mengetahuinya:
1. Harimau Jadian Kerinci
Masyarakat Kerinci baik di Sumatera, Indonesia dan Kuala Lumpur sejak dahulu lagi memang terkenal dengan sifat merendah diri dan tidak begitu menonjol berbanding dengan masyarakat keturunan Jawa, Minang dan lain-lain di negara ini. Justeru, tidak hairanlah banyak kisah-kisah di sebalik masyarakat tersebut termasuk cerita-cerita misterinya semakin hilang dan menjadi rahsia. Ini kerana orang-orang Kerinci yang berhijrah ke Tanah Melayu pada abad ke-19 telah lama meninggalkan amalan dan kepercayaan harimau jadian itu di Indonesia.
Kumpulan pertama yang sampai ke Bukit Nanas pada waktu itu ialah keluarga Abdullah Ahmad bersama isteri, Fatimah Arfah dan ipar duainya.
Abdul Hakam Jamaluddin, 29, generasi kelima keturunan Abdullah Ahmad, berkata, kajian tentang sejarah penghijrahan masyarakat Kerinci mendapati Abdullah merupakan seorang yang alim dan tinggi ilmunya tentang agama Islam. “Penghijrahan masyarakat Kerinci ke Tanah Melayu disebabkan beberapa faktor iaitu peningkatan ekonomi keluarga untuk menunaikan haji di Mekah. Sebelum berhijrah ke sini, keluarga Abdullah memang tiada kaitan dengan cerita harimau jadian,” katanya.
Terdapat sebuah cerita tentang harimau jadian dalam buku Perihal Orang Melayu yang ditulis oleh Sir Frank Swettenham. Dalam buku tersebut, diceritakan tentang harimau jadian yang menjadi kepercayaan masyarakat Kerinci di Sumatera. Menurut buku itu lagi, orang Kerinci memiliki kebolehan bertukar menjadi harimau untuk menjaga keluarga, kebun dan harta benda, tetapi ia disangkal oleh masyarakat Kerinci.
2. Harimau Tidak Akan Menerkam Muka Pemangsa
Menurut penelitian, Harimau tidak akan menerkam wajah makhluk hidup termasuk manusia. Ini kerana sejak jutaan tahun yang lalu, harimau telah berevolusi dan mereka telah belajar membunuh mangsa dengan cara menerkam di tengkuk mereka!
Ya, memang benar, harimau tidak akan menerkam tepat di wajah mangsanya. Harimau akan terus menerkam dan menggigit tengkuk mangsa untuk melumpuhkannya, seakan-akan mereka mengetahui bahawa di situlah titik terlemah mangsanya, termasuklah manusia.
Dan ya, ini sebenarnya bukanlah mitos, sebaliknya fakta. Anda tidak percaya? Mungkin anda boleh cuba jika berani menjadi bahan ujikaji.
3. Harimau Akan Bernasib Malang Jika Mereka Membunuh Manusia
Ini juga adalah satu fakta yang tidak dapat disangkal. Memang pun, jika ada harimau yang membunuh manusia, maka pastinya nyawa harimau tersebut akan pendek kerana sang pak belang itu pasti akan dibunuh oleh manusia.
Namun dari sudut yang lain, ianya juga benar. Ini kerana harimau secara asasnya tidak akan membunuh manusia, bahkan manusia bukanlah pemangsa mereka. Namun, bagi harimau yang sudah tua dan tidak lalu lagi untuk mengejar haiwan-haiwan lain, maka mereka ‘terpaksa’ memakan manusia. Biasalah, sifat manusia sememangnya lemah. Kita tidak mampu menang jika dikejar oleh harimau, melainkan jika kita ada senjata.
4. Tiger Milk Mushroom Berasal Dari Susu Harimau
Menurut cerita orang tua zaman, Tiger Milk Mushroom atau Cendawan Susu Harimau ini tumbuh daripada susu ibu harimau yang menitis ke atas tanah ketika sedang menyusukan anaknya. Susu yang menitis ke atas tanah ini menjadi kulat yang kemudiannya tumbuh menjadi cendawan.
Tiger Milk Mushroom sememangnya salah satu khazanah negara yang sangat bernilai, sehinggakan timbulnya mitos yang sebegini.
Sebenarnya, Tiger Milk Mushroom sangat sukar ditemui. Ditambah khasiatnya sangat bernilai, membuatkan nilainya melambung tinggi. Terlalu ramai pakar perubatan yang mencarinya. Tiger Milk Mushroom ini hanya boleh ditemui di hutan tropika Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, Papua New Guinea dan South China.
Nilai perubatan cendawan ini terdapat pada UBI (sclerotium) yang tertanam di bawah tanah. Malangnya, ubi ini biasanya akan tertanam di bawah tanah untuk satu tempoh yang agak panjang, bertahun hingga berdekad lamanya. Payung cendawan ini hanya akan bercambah keluar dari tanah apabila keadaan persekitarannnya sesuai (seperti musim hujan). Oleh sebab itu, pencarian dan pengumpulan cendawan ini merupakan satu misi sukar dan terhad. Ini menjadikan Tiger Milk Mushroom adalah cendawan yang memiliki pelbagai khasiat yang bernilai tinggi tetapi sukar dijumpai, unik dan sangat berharga.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan khasiat daripada Tiger Milk Mushroom dengan harga yang mampu milik, bolehlah dapatkannya di sini:
___
Rujukan: